Selasa, 20 Oktober 2020

BERKHALWAT KE 217

 


KHALWAT KE 217


HARI INI SELASA 20/10/2020
KITA MASUK KE HARI 217
BERKHALWAT

SATU DUNIA SEDANG GAWAT
KOBID TERUS MENGOMBAK
BELGIUM  NEGARA ANGKAT GUA
MAKIN TERUK
BELGIUM NEGARA KECIL PADAT
BRUSELLS  IBU KOTA
SEDANG  TEROK
KERAJAAN MENGAKUI
BEBERAPA KESILAPAN
WARGA YANG DI UJI
BERTIMBUN TAMBAH

AMERIKA OH ! AMERIKA
PALING TEROK DALAM DUNIA
KEMPEN PRU SEDANG BERJALAN
TAK SAMPAI 3 MINGGU
AKAN MENGUNDI 

INDIA TEROK
WARGA MISKIN PALING
TERAMAI MENJADI MANGSA

CHINA MERAH
TAK MENGELUARKAN DATA 
TAPI BANYAK KOTA DITUTUP

KITA
LEBIH  TERUK DARI BULAN DUA
BILA PKP DIUMUM
OMBAK KE TIGA INI GANAS

PAGI INI HOKKIEN SURAM
KUALA LUMPUR DI SELAPUTI
OLEH AWAN HITAM NIPIS
JIKA MEREKA BERKUMPUL
PETANG INI AKAN HUJAN

PETANG KELMARIN HUJAN
TAPI HUJAN TAK PUAS
MEMBAWA BAHANG
CENKERIK BERSIMPONI KUAT
BUMI BASAH

KUCING PAKAI KASUT
TAK MUNGKIN AKAN  DAPAT
MENANGKAP TIKUS

KETIKA BERCINTA
MESTI ADA MENCIUM
MESTI ADA YANG MEMBERI PIPI

SAPA YANG  MULAKAN
BANYAK PEKARA
HASILNYA 
PASTI TAK BANYAK

JANGAN BERSAMPAN
JAUH KE TENGAH
HINGGA TAKDAPAT  DAPAT 
BERKAYUH PULANG

KITA TAK MALU 
JIKA KITA TAK TAHU
YANG MEMALUKAN
TAK MAHU TAHU
PEKARA YANG KITA  TAK TAHU

SEBELUM KITA MENENDANG
KITA WAJIB TAHU PINTU GOL

APA YANG KITA LIHAT
DALAM DIRI KITA
ITULAH YANG KITA LIHAT
DALAM DUNIA

ADA  KERUSI BESAR
TAK SAMESTI AKAN
JADI RAJA

SANGSI  MENDALAM
KEBIJAKSANAAN  TINGGI
SANGSI CETEK
KEBIJAKSANAAN RENDAH

WATAK  MANUSIA
SELALU DIROSAK
OLEH KEKAYAAN

PAGI INI BILA MATAHRI BERSINAR
SINARAN UNTUK SEMUA

TAKDA SIAPA DAPAT
MENGAYUH  DUA SAMPAN
DALAM SATU MASA

JIKA KITA TAK DAPAT
BERPEGANG PADA SESIAPA
KITA SENDIRI JADI BATU

HIDUP INI SELALUNYA
TAK ADIL
TAPI INDAH

KERJA KITA TAK AKAN
 BANTU KITA
BILA KITA SAKIT
KAWAN KAWAN DAN 
KELUARGA AKAN

KITA TAK PERLU MENANG
DALAM SEMUA HUJAH
YANG PENTING JUJUR
TEGAK KEBENARAN

RAKAMKAN APA YANG KITA TAHU
TULIS APA YANG KITA TAHU
SEBAR APA YANG KITA TAHU
JANGAN TAKUT JANGAN RISAU
KEBENARAN SENTIASA WUJUD
LAMBAT LAUN AKAN SAMPAI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: