Rabu, 14 Oktober 2020

DULU GUA BILANG

KENA PAU 

BAHAY  PAU

RAMAI TAK CAYA

KAH KAH KAH

INILAH CONTOH

TERBAIK KES

KES PAU POLITIK

AMIN



Anwar dapat sokongan jika penuhi kehendak Umno, kata Tajuddin

ANWAR Ibrahim akan mendapat sokongan sekiranya kerajaan Muhyiddin Yassin tidak memenuhi kehendak Umno, kata seorang ahli majlis tertinggi parti itu.

Tajuddin Abdul Rahman yang juga ahli Parlimen Pasir Salak memberitahu Astro Awani, parti lain juga akan menyokong Anwar sekiranya tuntutan mereka dipenuhi.

Oleh itu, kerajaan pimpinan Muhyiddin perlu memastikan tuntutan Umno dipenuhi, kata Tajuddin yang juga pengerusi syarikat pelaburan negara Prasarana.

“Kalau Umno merasakan (peluang) dia dikurangkan, pihak kerajaan PN kena melihat perkara ini supaya dapat diatasi.“Kalau tidak nanti masalah perhubungan ini akan menjadi lebih rumit dan orang lain akan mengambil kesempatan untuk membawa satu cadangan lain,” katanya kepada portal itu.

Jelasnya, Anwar akan mendapat sokongan sekiranya Umno dan parti lain berasa presiden PKR itu dapat memenuhi tuntutan mereka.

“Umpamanya, sekarang mungkin Anwar ada formula yang boleh membahagiakan pihak yang sanggup bekerjasama dengannya ...,” katanya.

Beliau memberi contoh parti Umno, Gabungan Parti Sabah dan Warisan yang mungkin sanggup bekerjasama dengan Anwar.

“Kalau parti ini merasakan Anwar boleh memberi apa yang dia mahu, mungkin mereka akan tertarik untuk memberikan sokongan kepada Anwar, jangan terkejut kalau itu berlaku,” katanya.

Tajuddin juga berkata Umno kini tidak lagi berpuas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional kerana menurutnya parti itu tidak berpeluang berkhidmat kepada rakyat seperti diharapkan.

Beliau mengulas kecairan dalam situasi politik pada waktu ini apabila Umno mengumumkan sedang mempertimbangkan untuk menarik diri dari menyokong PN.

Setiausaha agung parti Ahmad Maslan semalam mengumumkan parti itu juga kini menuntut syarat baharu untuk membuat perjanjian bertulis sebelum dapat meneruskan kerjasama.

Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat biro politik Umno pada malam tadi, selepas pengerusi badan penasihatnya Tengku Razaleigh Hamzah menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ia berlangsung selepas Anwar menghadap baginda untuk mempersembahkan bukti sokongan yang diperolehi untuk mengambil alih kerajaan.

Beberapa pemimpin parti lain termasuk DAP dan Amanah dijadualkan menghadap baginda hari ini tetapi ditangguhkan. – 


INI INTI KUEH PAU

BEBASKAN NAJIB

BEBASKAN ZAHID

BEBASKAN KU NAN

BEBASKAN  AZEEZ

ANWAR IBRAHIM

KAMI NOBAT

SEBAGAI PM

AMIN



Tiada ulasan: