TIAP KALI
PEMIMPIN ISLAM
YANG SUCI
LAGI SYUMUL
LAGI WARK
LAGI ALIM
NAK JADI PM
ADA SAJE KONSPIRASI
AMIN
TAK ABIS ABIS
TAK SUDAH SUDAH
LEWAT LEWAT LEWAT
SELALU DATANG LEWAT
KAH KAH KAH
Bukit Aman nafi
ada tekanan politik
siasat Anwar
KUALA LUMPUR – Anwar Ibrahim disiasat serta dirakam keterangan secara profesional tanpa menerima sebarang tekanan politik atau arahan daripada mana-mana pihak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner k Huzir Mohamed dalam satu kenyataan medianya hari ini juga menepis dakwaan Presiden PKR itu.
Huzir menggesa semua pihak memberi ruang sepenuhnya kepada polis agar dapat menjalankan siasatan secara telus dan adil dan tidak teragak mengambil tindakan tegas kepada mereka yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.
Beliau mengulas mengenai perkembangan berkaitan arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksye 111 Kanun Prosedur Jenayah ke atas Anwar.
Katanya pada 16 Oktober jam 3 hingga 5 petang, percakapan Anwar telah diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
“Keterangan diambil berhubung penyiasatan ke atas penyebaran senarai 121 Ahli Parlimen dalam portal MH Daily yang menyokong Anwar.
“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Sehingga kini sebanyak 113 laporan polis diterima termasuk aduan dari kalangan ahli Parlimen yang menafikan memberi sokongan kepada Anwar dan dakwaan tersebut telah tersebar luas di media massa sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi tidak sihat,” ujar beliau.
Malah katanya penyebaran kenyataan di laman sesawang dilakukan dengan niat menyebabkan ketakutan kepada orang awam.
Huzir menegaskan, selain keterangan melibatkan penyebaran senarai nama 121 ahli Parlimen dalam MH Daily, rakaman percakapan turut melibatkan lima kertas siasatan lain membabitkan.
Katanya, lima kertas siasatan lain terhadap Anwar ialah isu kenyataan bahawa kerajaan kepimpinan Perdana Menteri telah jatuh atau kekurangan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, kes liwat dan akuan bersumpah oleh Aidil Azim Abu Adam, video ucapan mengatakan kedai judi beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan; video ucapan mendakwa terdapat 6.7 juta warga asing berada dalam Malaysia dan sidang media penyerahan dokumen sahih kepda kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Ketika hadir ke Bukit Aman, Anwar ditemani peguamnya Ramkarpal Singh Deo dan Setiausaha Politiknya, Farash Wafa Salvador Rizal Mubarak,” tegas beliau.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan