Khamis, 22 Oktober 2020

PROJEK ANWAR NAJIB ZAHID GAGAL

 


PROJEK TUBUH

KERAJAAN

BANDUAN GAGAL

AMIN


Kemarahan, 

ketegangan dalam 

mesyuarat 4 jam 

Umno paksa Zahid 

buat ‘pusingan U’

“Pusingan U” dilakukan Ahmad Zahid Hamidi hari ini disebabkan tentangan hebat daripada pemimpin Umno yang berkumpul di ibu pejabat parti itu bagi membincangkan surat yang dihantar kepada Agong bagi menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim, kata sumber kepada MalaysiaNow.

Gesaan presiden Umno itu untuk “gencatan politik” juga dilihat sebagai persediaan kepada cadangan untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun hadapan.

Petang ini, terdapat ketegangan di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan pengerusi perhubungan Umno negeri marah disebabkan pemimpin tertinggi parti secara sepihak menyokong rancangan Anwar untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), yang mana Umno merupakan sebahagian daripadanya.

“Zahid yang menyedari wujud gerakan menggulingkannya bertindak mengeluarkan kenyataan untuk meredakan kemarahan itu,” kata salah seorang individu yang menghadiri mesyuarat itu kepada MalaysiaNow.

Zahid hari ini mengeluarkan kenyataan menggesa “gencatan politik” beberapa hari selepas pendedahan berkenaan beliau dan bekas presiden Umno, Najib Razak menulis surat kepada Agong untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Bekas timbalan perdana menteri yang berdepan dengan pelbagai pendakwaan rasuah, mendakwa “sejumlah ahli Parlimen Umno” akan menyokong Anwar untuk menggulingkan Muhyiddin Yassin, tetapi tidak memberikan perincian.

Pendedahan itu ternyata mengejutkan kepimpinan tertinggi Umno, dengan beberapa pemimpin termasuk menteri dari Umno menjarakkan diri daripada Zahid.

“Kerjasama semua parti dalam kerajaan PN harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi,” kata Zahid dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, mesyuarat hari ini diadakan selepas tekanan daripada beberapa pengerusi perhubungan Umno negeri yang menunggu untuk mendapatkan penjelasan daripada Zahid selepas kandungan suratnya didedahkan MalaysiaNow minggu lepas.

Mesyuarat Majlis Kerja Tinggi Umno bagaimanapun ditangguhkan sebanyak dua kali selepas perintah kawalan pergerakan bersyarat dilaksanakan di beberapa negeri, menyukarkan pemimpin parti untuk ke Kuala Lumpur.

“Zahid harap kenyataannya menggesa Umno untuk memfokuskan kepada melawan Covid-19 akan menenangkan pengerusi perhubungan Umno negeri,” kata sumber sama.

Awal hari ini, MalaysiaNow melaporkan Zahid mungkin antara beberapa ahli Parlimen Umno yang berdepan tuduhan rasuah merancang untuk menggagalkan belanjawan yang bakal dibentang Muhyiddin.

Satu lagi sumber memberitahu MalaysiaNow, Zahid juga dikatakan bakal mencadangkan untuk menangguhkan pemilihan Umno yang sepatutnya dijadualkan tahun depan kepada satu tarikh lain.

Pada pemilihan Umno pada 2018, Zahid menewaskan bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pemilihan yang berlaku selepas Najib hilang kuasa itu juga amat bersejarah kerana sejak 1988 jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak pernah dipertandingkan.

APA JADI

DENGAN PROJEK

MADEY KU LI

SAJE TANYA

SENYAP AJE

KAH KAH KAH



17 ulasan:

gazali berkata...

Kali ini gambar banduan yang 4 ekor tu yang paling menarik. Ianya membicara segala-galanya, menyerlah apa yang tersirat.

Unknown berkata...

Politic pimai pimai tang tu

Unknown berkata...

Project tak senyap lah ya! Cuma project tak ada kelulusan ROS dan project surat khabar lama aje ya!🙏😄😄🤞

Unknown berkata...

Project bukan senyap tuan ya! Akan tetapi project tanpa lesan dan lagipun project surat khabar lama aje!🙏😄😄😄

Unknown berkata...

Tok Mat lebih berwibawa memimpin dan menerajui UMNO menggantikan Zahid dan jika ini berlaku akan berlaku perubahan. Sebaliknya jika berterusan sepertimana kini, tidak dapat dinafikan UMNO bakal hancur sehancur-hancurnya dan berkubur.

Unknown berkata...

Masaalah dalaman UMNO vs UMNO no komen .

Kamal berkata...

Adakah kerajaan banduan sama dgn kerajaan langit Ayah Pin? Tp di mana cerek besarnya..hihi

Unknown berkata...

Maaf la klu sapa2 terasa..fmly bush yg jahat2 ex president us..bila dh stop dh kalah..dia diam buat hal sendiri..tp ahli politik kita melayu islam..najib pun umur dh kat nk mampus..tp sedih tengok..duk tercari2 kuasa..tu kot org duk kata bila dh lepas umur 50 tp perangai tk berubah..bawa sampai liang lahat la..tk pernah tengok or dengar najib rasa menyesal salah..yg ada duk dabik dada..dia yg di belakang tabir upah org bg buat hal..

Unknown berkata...

Bermuhasabahlah wahai pemimpin2 yg yg mengaku Melayu, Islam dan berjiwa besar.Sudah cukupkah amal utk matimu.Hang kira banyak duit, buat masjid, sedekah itu ini, buat tahfiz dpt selamatkan hang dari neraka Allah.Kalau kita baik, In syaa Allah.Jika hang kat dunia jadi pemimpin tapi tipu rakyat, hang tunggulah setiap mereka itu akan tuntut hak mereka yg sepatutnya hang laksanakan kat mukabumi ni

Unknown berkata...

saya sokong abah sorangbje jadi perdana menteri saya sayang abah

Unknown berkata...

cantik baju banduan 👍😂

Unknown berkata...

X habis2 Ngan gengg ni.x insaf lgi ka.ritu dh tersungkur..ingat la kt rakyat yng menderita dnga pendapatan yang xtentu hala

Unknown berkata...

zahid dan geng songlap duit mdb.pemimpin nilah yg pecahkan bangsa melayu.bercitacita nak memerintah semula tujuan nak tutup kes mdb.pecah amanah.curi duit lembu.ahli umno patut singkir zahid.ahmad maslan.najb.pencuri duit tabung hj.dll.pd sy ambil tok mat atau lain ahli umno yg bersih.

Unknown berkata...

Jangan ada pemimpin yg terjebak gejala rahsuah mengheret parti dan ahli2 yg tak bersalah dlm masalah mereka. Marilah kita ikut langkah siti muslihat yg terima tugas tong janggut utk asingkan katu manis, jintan, lada hitam, bunga cengkeh secara perlahan tapi akhirnya berjaya.

Unknown berkata...

Kami dah muak dgn pemimpin lama tak kira parti apa. Kalau dah lebih 65 tu pencenlah, berilah org lebih mudah uruskan.
Kjaan buat lah undang2 hadkan umur org politik hingga 65bthn aje.

Pakdin berkata...

Adoi. Pening-peninglah. Gajah dengan gajah bergaduh, pelanduk, rusa dan seladang dikorbankan.

Unknown berkata...

Hi hi hi hiii