TERBAIK ROSMAH BOCORKAN LAGI
NAMA ORANG JAHAT
AMIN
LAGI BANYAK
NAMA LAGI BAIK UNTUK RAKYAT
AMIN
Peguam Rosmah tuduh SPRM buat pendakwaan terpilih, berniat jahat
PEGUAM Rosmah Mansor hari ini menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bersikap “terpilih dan berniat jahat” dalam pendakwaan kes rasuah melibatkan isteri bekas perdana menteri itu.
Peguam Akberdin Abdul Kadir dalam sesi soal balas saksi terakhir pendakwaan, Noornabilah Mohd Aziman, pegawai penyiasat SPRM, mendakwa agensi anti rasuah itu hanya menyasarkan Rosmah kerana ia gagal membuat pertuduhan ke atas mereka yang bersubahat dan menerima rasuah daripada Jepak Holdings Sdn Bhd.
Akberdin berkata SPRM memutuskan untuk tidak mendakwa Setiausaha Umno Pekan Ahmad Aazmey Abu Talib, bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid malah menarik balik pertuduhan ke atas bekas pembantu Rosmah, Rizal Mansor, walaupun mempunyai bukti mereka memainkan peranan berkaitan skandal rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion itu.
“Saya kata pertuduhan ini (terhadap Rosmah) adalah satu bentuk pendakwaan berniat jahat, ia adalah ‘witch hunt’. Mereka yang didakwa sebelum ini, pertuduhannya digugurkan.
“Aazmey berdepan 20 pertuduhan tetapi sehingga hari ini tiada pendakwaan ke atasnya. Kita belum cakap pertuduhan ke atas Mahdzir Khalid lagi,” kata Akberdin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Noornabilah, 30, menjawab yang beliau hanya menyiasat kes Rosmah dan tidak terlibat dalam kes lain.
Rosmah, 69, berdepan tiga pertuduhan rasuah, salah satunya kerana suapan RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsuddin kerana peranannya membantu syarikat itu mendapatkan kontrak projek solar hibrid di Sarawak.
Beliau juga dituduh menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi pada 2016. – 6 Oktober, 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan