Isnin, 30 November 2020

BERITA BAIK - BERITA BURUK

 



 ADA BERITA BAIK

ADA BERIAT BURUK

Lima lokasi baharu dikenakan PKPD, dua lagi ditamatkan

KUALA LUMPUR: Lima lokasi akan memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), manakala dua lokasi ditamatkan PKPD hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah susulan peningkatan kes di kawasan terbabit.

"PKPD akan dilaksanakan di dua lokasi di Ipoh ini susulan peningkatan kes positif COVID-19 di Kilang Kamaya dan Kilang Salutica.

"Lokasi terbabit ialah Zon A Taman Klebang Jaya, membabitkan 4,244 penduduk dan Taman Pinji Mewah, membabitkan 5,720 penduduk, bermula 1 Disember hingga 14 Disember," katanya.

Tiga lokasi di Sabah turut dikenakan PKPD iaitu Pusat Tahanan Sementara Sibuga (Sandakan) serta Kg. Desa Bajau dan Kg. Dasar Baru (Lahad Datu), bermula 2 Disember hingga 15 Disember.

Sementara itu, PKPD di dua lokasi iaitu Putra Point, Nilai dan Maahad Al-Yahyawiah, Kuala Kangsar ditamatkan hari ini susulan tiada lagi kes baharu yang dicatatkan.

PKPD di Asrama pekerja Top Glove di Klang pula yang sepatutnya tamat hari ini, dilanjutkan sehingga 14 Disember.

"Kementerian Kesihatan telah melakukan 5,805 saringan dan 3,406 daripadanya positif.

"Sehingga kini masih terdapat kes baharu dicatatkan, malah kes-kes negatif juga masih berisiko, justeru saringan kedua masih berjalan," katanya.

 TERUS WASPADA

AMIN

Tiada ulasan: