Sabtu, 7 November 2020

BERKHALWAT HARI KE 235

 



KHALWAT KE 235

SABTU 7/11/2020

KITA MASUK KE HARI 235
BERKHALWAT

DAH 4 HARI
SELESAI MENGUNDI
MASIH BELUM ADA
KEPUTUSAN SAPA
MASUK KE RUMAH PUTEH

TRUM KLIM ADA NUMBO
BIDIN KLIM ADA NUMBO
DUA DUA MACAM ABAM
KLIM ADA NUMBO
KAH KAH KAH

BILA AKAN SELESAI
KITA TAK TAHU
SAMA MENYAMAN
DAH BERMULA DI AMERIKA
KEPUTUSAN
NUMBO 
UNDI POS
UNDI BETUL
SEMUA DIPERTIKAI

INI TANDA TANDA
BAHAWA 200 TAHUN
KUASA IMPERIAL
YANG MENJAJAH DUNIA
AKAN BERAKHIR
AMIN

PAGI INI GUA LIHAT
KUALA LUMPUR BERKABUS
AWAN GELAP CAPUK CAPUK
ATAS KUALA LUMPUR

CENGKERI UNGGAS 
TAK BERAPA CERIA
TERKUKUR TAK BERBUNYI
HANYA 
SAEKOR JANTAN
DALAM BELUKAR
TEPI PAGAR BLOK
MENDAYU DAYU

JANTAN
YOU MAKE MY DAY

APA ITU KEJAYAAN
DUIT?
KITA BANGUN PAGI
BILA MALAM  SAMPAI
KITA PULANG TIDUR
ANTARA PAGI DAN MALAM
KITA BUAT APA YANG KITA SUKA
INI KEJAYAAN 

KEGUMBIRAAN
IALAH 
GUA PULANG DARI LUAR
WALAU PUN SATU JAM
TAK TAK DAN EZI
MENUNGGU DIPINTU
UNTUK DIPELOK
MACAM DAH PERGI
10 HARI

SOSOK  YANG KAYA
IALAH 
ANAK ANAK DATANG 
MEMELOK GUMBIRA
WALAU PUN
TANGAN AYAH KOSONG

TUJUAN ASAL YANG JELAS
IALAH 
PERMULAAN UNTUK
SEMUA KEJAYAAN

HIDUP INI
BUKAN TENTANG
 MENGUMPUL DAN MENDAPAT
TAPI
TENTANG MEMBERI

HIDUP INI
IALAH APA YANG TERJADI
PADA KITA KETIKA KITA
MEMBUAT PERANCANGAN LAIN

BRO 
JIKA KAMU SATU HARI
DI JEMPUT NAIK ROKET
JANGAN TANYA
 KERUSI NO BERAPA
TERIMA SAJE

BRO 
KALAU KITA BELAYAR
ANGIN TAK DATANG
PAKAI PENGAYUH

BRO
KALAU LU TAK MEMANJAT
LU TAK AKAN JATUH
TAPI TAK ENJOY DE MENJOY
DUDUK 
DIATAS TANAH SAJE
SEPANJANG HIDUP

KITA WAJIB YAKIN
KITA INI WUJUD
KERANA ADA TUGAS BESAR
MAKA SELESAIKAN
TUGAS ITU

HIDUP INI KEMBANG KUCUP
BERGANTUNG
PADA KEBERANIAN KITA

KALAU ADA SUARA KATA 
KAMU TAK BOLEH MELUKIS
AMBIL KALAM
AMBIL CAT
MULA MELUKIS
SUARA INI AKAN SENYAP

MASANYA HARI INI
KETIKANYA SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT


Tiada ulasan: