Khamis, 5 November 2020

BERKHALWAT KE HARI 233

 



KHALWAT KE 233


KHAMIS 5/11/2020
KITA MASUK KE HARI 233
BERKHALWAT

AMERIKA DAH MENGUNDI
TRUMP KLIM MENANG
UNDI MASIH DIKIRA
UNDI POS MASIH BANYAK
BELUM DIKIRA

PEGUAM TRUMP
TELAH BERSEDIA
UNTUK SAMAN
TRUMP TUDUH
ADA PENIPUAN 
DALAM UNDI POS

DAH ADA LEBIH DARI 300 SAMAN
BERSANGKUTAN SALAH LAKU
PENGUNDIAN

ULANG KIRA
PASTI BERLAKU
DI NEGERI YANG HANGAT

TAK PASTI BILA
KEPUTUSAN AKHIR AKAN
TERCAPAI

DI MALAYSIA
KITA MASIH GAWAT
GAWAT KOBID
GAWAT EKONOMI
DAN
GAWAT POLITIK

JUMAAT 6/11/2020
BUJET AKAN DIBENTANG
DALAM PARLIMEN

APA AKAN JADI?

PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
TAPI DI LINDUNG AWAN
LANGIT TAK BIRU
AWAN OMBAK LAUT
PUTEH NIPIS DI LANGIT
MUNGKIN TAK BAWA HUJAN

RUMPUT DI WILAYAH TERBAKAR
MAKIN SEGAR MEMBESAR
TAK TAK DAN EZI
GUMBIRA

BRO
LU JANGAN TAK TAHU
ANJING PUN MACAM KUCING
SUKA
MAKAN RUMPUT

KUNCI HIDUP INI
IALAH YAKIN
PADA DIRI SENDIRI

TAK BOLEH HIDUP
BAHAGIA POSITIF
DENGAN MINDA NEGATIF

IMAJINASI LEBIH PENTING
DARI PENGETAHUAN

KALAU KITA SENDIRI
TAK PECAYA PADA DIRI SENDIRI
MACAM MANA MAMAT LAIN
NAK PERCAYA

SENTIASA JUJUR
PADA DIRI SENDIRI

MIMPI
MIMPILAH
TAPI
YANG BESAR BESAR

KITA SEMUA DILAHIR ORIGINAL
JANGAN  JADI  POTOKOPI

NIKMAT YANG PALING
NIKMAT DALAM HIDUP
IALAH MELAKUKAN PEKARA
YANG SEMUA ORANG
KATA 
KITA TAK BOLEH LAKUKAN

HIDUP INI BUKAN MENUNGGU
RIBUT REDA
TAPI BERANI BELAJAR MENARI 
DALAM HUJAN

 KUATKAN DIRI KETIKA LEMAH
JADI BERANI BILA TAKUT
DAN RENDAH DIRI
BILA BERJAYA

BRO 
JAGA APA DALAM KEPALA
KALAU TIDAK
KEPALA AKAN KONTROL KITA

HIDUP KITA  TIDAK PENUH
SEHINGGA SATU KETIKA
KITA MELAKUKAN SESUATU
PADA SOSOK YANG MEMERLUKAN
HINGGA TAK DAPAT DIBALAS

BRO
JANGAN BERHENTI BELAJAR
KERANA HIDUP 
INI SETIASA MENJADI GURU

MASANYA HARI INI
KETIKANYA SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT


Tiada ulasan: