Ahad, 29 November 2020

BRKHALWAT HARI KE 257

 



KHALWAT KE 257

AHAD 29/11/2020
KITA MASUK KE HARI 257
BERKHALWAT 

GAWAT BELUM SELESAI
GAWAT KOBID
GAWAT EKONOMI
GAWAT POLITIK

HANYA PRU 15
AKAN TUNJUK SAPA
ADA SOKONGAN
TAPI
BAHAYA KOBID

SABAH TELAH TUNJUK
PILIHANRAYA AKAN BAWA BALA
AMIN



HUJAN TENGAH MALAM
LEBAT AMAT LEBAT
PAGI INI RINTIK RINTIK
MASIH ADA

PAGI INI HOKKIEN SEGAR
UDARA BERSIH
KUALA LUMPUR TERANG
BANJARAN KAJANG
DAPAT DILIHAT JELAS
BUKIT DAN GUNUNG
HULU LANGAT NAMPAK BIRU

PARLIMEN ARA
MASIH BERSIDANG
UNGGAS DAN CENGKERIK
BERPESTA LEPAS HUJAN
DUA JANTAN LAWAN BERLAWAN

PAGI INI HOKKIEN
YANG INDAH

BRO 
HIDUP INI PENDEK
UNTUK KITA DIKELILINGI
OLEH MAT BEBAL
YANG TAK TAHU
NILAI YANG KITA PEGANG

BRO
LAYARI HIDUP INI
SAPERTI YANG KITA IMPIKAN
KITA ADA TUJUAN
KITA ADA WAWASAN
BUKAN DENGAR CAKAP ORANG

BILA KITA
MENAPAK KE DEPAN
MENAPAK BERHATI HATI
KERANA HIDUP INI
MEMERLUKAN PERTIMBANGAN
UNTUK KEJAYAAN

BUKAN MUKA
TAPI AIR MUKA
BUKAN SUARA
TAPI APA YANG DITUTUR
BUKAN APA YANG KITA 
LIHAT PADA TUBUH BADAN KITA
TAPI
APA YANG KITA LAKUKAN 
PADA BADAN KITA 
ITULAH KEINDAHAN

MANARI DAN BERJOGET
KETIKA JATUH
KETIKA SUSAH
KETIKA BERGADUH
BERJOGET MENARI ADA 
DALAM DARAH KITA
MENARILAH
KERANA UNTUK KEBEBASAN

BRO
MASA YANG KITA GUNAKAN
UNTUK MENYIRAM BUNGA
DITAMAN
MENJADIKAN  BUNGA ITU 
AMAT BERHARGA

BRO
KITA INI BIJAK
KITA INI KACAK
KIA INI PENTING
KITA ADALAH KITA

PERMAHAMAN
IALAH KUNCI
UNTUK PENERIMAAN
PENERIMAAN MEMBUKA
JALAN PEMBAHARUAN

BRO
KALAU DIGESEL DAH MARAH
MACAM MANA
CERMIN YANG TIAP HARI DIGOSOK
UNTUK BERCAHAYA

BUAT PEMBAHARUAN
BUKAN ALASAN
TEMUI PENGHORMATAN
BUKAN   CARI TUMPUAN

BRO
ADA ORANG SELALU TANYA
KENAPA?
KITA WAJIB JAWAB
KENAPA TIDAK ?

PADANG PASIR
YANG TANDUS PUN
ADA WADI 

BRO
KITA SEMUA ADA KEPAK
JANGAN
MERANGKAK DALAM HIDUP

BRO
APA YANG PENTING
DALAM HIDUP INI
KITA BAHAGIA GUMBIRA
JANGAN SESEKALI
PANDANGAN KOMEN
ORANG LAIN
JADI PAGAR HIDUP KITA
AMIN

LALUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: