Sabtu, 21 November 2020

KHALWAT HARI KE 249

 



KHALWAT KE 249 

SABTU 21/11/2020

KITA MASUK KE HARI 249
BERKHALWAT

DUNIA MASIH GAWAT
GAWAT KOBID
GAWAT POLITIK
GAWAT EKONOMI

AMERIKA GAWAT KOBID
AMERIKA GAWAT POLITIK
BELUM TENTU SAPA MENANG
TRUMP KE
BIDEN KE

KITA GAWAT KOBID
KITA GAWAT EKONOMI
KITA GAWAT POLITIK

KHAMIS DEPAN 
HARI PENENTU
AMIN

PAGI INI HOKKIEN BASAH
KELMARIN HUJAN
LECAH BERLUMPUR
UDARA LEMBAB

KUALA LUMPUR DIBALUTI
KABUS TEBAL

UNGGAS TAK SIBUK
GUA DENGAR ADA DUA
 SUARA JATAN
SATU DEKAT
SATU JAUH
BERAPA JANTAN DUDUK
DALAM HOKKIEN?

BRO
CINTA PADA KEHIDUPAN
IALAH KUNCI KEMUDAAN

BRO
KITA DISINI BUKAN LAMA
JANGAN RISAU 
JANGAN TERBURU BURU
RELAX
LIHAT TAMAN ITU
LIHAT BUNGA ITU
CIUM BAUNYA

BRO
JIKA KITA JUMPA
KAWAN KITA
BUANG MASA
ERTINYA DIA MASIH
BELUM SEDAR NILAI HIDUP

JIKA  HIDUP INI 
SAPERTI YANG KITA
RAMALKAN
ITU BUKAN HIDUP NAMANYA
ITU NAMANYA SERBUK PERASA

HIDUP INI
SATU PERCUBAAN
LAGI BANYAK MENCUBA
LAGI LAGI MENJADI BAIK

HIDUP INI MACAM
BUKIT DAN GAUNG
JANGAN TINGGI SANGAT
JANGAN DALAM SANGAT

BRO
HIDUP KITA INI
BUKAN HANYA NAK BERNAFAS
KITA PERLU ADA  HATI
ADA PERASAAN
ADA HUMOUR
DAN 
ADA STYLE

BETAPA PUN GETIRNYA
KEHIDUPAN KITA
PASTI ADA PEKARA
YANG DAPAT KITA LAKUKAN
DENGAN KEJAYAAN

BRO
LU KENAL BASIKAL
HIDUP INI MACAM
MENGAYUH BASIKAL
UNTUK KESEIMBANGAN
KITA WAJIB TERUS MENGAYUH

LEBIH BANYAK KITA 
MERAYAKAN HIDUP KITA
LEBIH BANYA LAGI
HIDUP YANG AKAN KITA RAYAKAN

BRO 
KITA RAYAKAN KEHIDUPAN
KERANA ADA YANG BERLAKU
TAK KIRA PEKARA BAIK
TAK KIRA PEKARA BURUK
KITA
RAYAKAN KERANA
IANYA BERLAKU
MAKNANYA KITA HIDUP

HIDUP INI BUKA MAHU
KITA MENJADI TERBAIK
YANG PENTING
KITA CUBA MELAKUKAN
 YANG TERBAIK

BRO
HAKIKATNYA
KITA TAHU TAHU
APA YANG HIDUP BAWA ESOK
PERJALANAN HIDUP INI
TAK MENENTU
TAKDA APA APA JAMINAN


BRO 
BERGUMBIRALAH
MASANYA HARI INI
KETIKANYA SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: