KITA SELALU DENGAR
DI MALAYSIA TAKKAN ADA REVOLUSI
TAKKAN ADA PEMBEROTAKAN
KERANA
TAKDA ORANG MISKIN DAN LAPAR
TEORI INI KARUT
TEORI INI SALAH
BUKTIKAN
KALAU MISKN DAN LAPAR
KUNCI REVOLUSI
HARI INI
INDIA PAKISTAN BANGLADESH
AKAN BERLAKU REVOLUSI
INI BUKTINYA
TEORI LAPAR
TIADK SAINTIFIK
TIDAK BETUL
TEORI KARUT
LIHAT RAKYAT BANGUN MELAWAN
DI PARIS
DI BERLIN
DI LONDON
DI HONG KONG
DI ATHENS
DI MADRID
DI BERCELONA
MEREKA TIDAK LAPAR
HARI INI
MADEY
KATA RAKYAT LAPAR
RAKYAT MISKIN
HASILNYA
TAKDA APA
AKAN TERJADI
TAK ADA APA
AKAN BERUBAH
JADI BAGAIMANA?
Rakyat sudah lapar kerana hilang pendapatan, kata Dr Mahathir
RAKYAT sudah sampai ke tahap tidak cukup makan kerana hilang pendapatan tetapi kerajaan masih belum juga mengemukakan pelan tindakan khusus untuk menangani pelbagai masalah ekonomi kesan penularan Covid-19, kata Dr Mahathir Mohamad.
Kerajaan tidak boleh bertangguh sebaliknya perlu menangani masalah ini segera kerana ada tanda-tanda jelas bahawa rakyat sedang tertekan, kata bekas perdana menteri.
“Saya menanti-nanti satu tindakan yang khusus untuk menangani masalah Covid-19 dan juga kejatuhan ekonomi, tetapi tidak ada banyak idea untuk mengatasi masalah ini, terutama kesan Covid-19 ke atas ekonomi.
“Tidak ada satu perancangan atau nasihat dari kerajaan, bagaimana rakyat boleh mengatasi tekanan yang disebabkan oleh Covid-19.
“Ada orang yang sekarang ini kebuluran kerana pendapatan mereka sudah hilang sama sekali,” katanya, dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight, semalam.
Dr Mahathir memberikan contoh kejadian seorang pengurus kilang yang tertekan selepas dibuang kerja sehingga bertindak menyerang tempat kerjanya sebelum beliau maut dirempuh treler semasa melarikan diri, seperti laporan media baru-baru ini.
“Ini bukan satu orang saja (tertekan), banyak orang hadapi tekanan.
“Satu usaha mesti dibuat untuk mengurangkan kesan kejatuhan ekonomi ini, khususnya untuk menolong mereka yang sekarang ini menganggur,” katanya.
Mereka ini dahulu ada pendapatan yang cukup untuk menyara hidup namun sekarang ini langsung tiada pendapatan, tambahnya.
Jelas Dr Mahathir, walaupun kerajaan sudah mengumumkan beberapa bantuan, tetapi katanya “masih ramai yang tidak dapat nikmat daripada pengumuman kerajaan.”
Dr Mahathir membuat pemerhatian tentang rakyat tidak cukup makan ini ketika ada laporan mengenai tunjuk perasaan oleh penduduk di Lahad Datu, Sabah yang membantah lanjutan sekatan pergerakan ke atas mereka, yang kebanyakannya dilaporkan bekerja makan gaji hari.
Jabatan Perangkaan Malaysia dalam data terbaharu yang dikeluarkan minggu ini menunjukkan kadar pengangguran di Malaysia sekarang telah turun kepada 4.6% dengan 737,500 rakyat masing menganggur.
Angka itu bagaimanapun masih tinggi berbanding keadaan seperti sebelum pandemik pada Januari 2020 iaitu 3.2% atau bersamaan 511,700 orang.
Guna tenaga tidak penuh dari segi masa dan kemahiran juga meningkat pada September 2020 berbanding suku keempat 2019. Data ini menunjukkan semakin ramai orang bekerja tidak sepenuh masa dan tidak pula mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan.
Menurut Dr Mahathir, walaupun ada sekatan yang dikenakan bagi membendung penularan Covid-19, kerajaan masih boleh meningkatkan ekonomi dengan mengutamakan perniagaan secara dalam talian.
“Ini tidak dieksploitasi (oleh kerajaan) dengan cukup,” katanya.
Rakyat jaga rakyat
Dr Mahathir setuju slogan “Kita Jaga Kita” atau “Rakyat Jaga Rakyat” sejak kebelakangan ini lahir daripada kekecewaan dan hilang harapan rakyat kepada kerajaan.
“Memang ini mencerminkan perasaan rakyat terhadap pemerintah khususnya dan juga melibatkan ahli politik yang lain, tetapi pemerintah yang membuat dasar, pemerintah yang melaksanakan dasar,” katanya.
Rakyat beranggapan begitu, jelasnya kerana, janji-janji kerajaan tidak mendatangkan kebaikan kepada mereka.
“Sebab itu, mereka berpendapat adalah lebih baik mereka jaga diri mereka daripada bergantung kepada sebuah kerajaan yang ternampak tidak ada idea sama sekali untuk mengatasi masalah rakyat,” katanya.
Ditanya apa yang akan beliau lakukan jika masih perdana menteri, Dr Mahathir berkata, beliau akan mendengar nasihat dan berunding dengan mereka yang lebih pakar, baik yang berkhidmat dalam kerajaan mahupun di luar kerajaan.
“Saya yakin mereka ada idea yang belum difikirkan oleh kita,” katanya. – 12 November, 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan