AWAS
958 kes baharu Covid-19 hari ini
MALAYSIA hari ini melaporkan 958 kes baharu Covid-19 dengan Sabah, Selangor dan Negeri Sembilan menyumbang sebahagian besar jumlahnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sabah melaporkan 512 kes, manakala Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan 153 kes baharu.
Data terbaru itu menjadikan jumlah kes keseluruhan Covid-19 negara meningkat kepada 52,638 kes dengan 13,221 kes aktif.
956 kes pulih dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 39,088.
Korban wabak Covid-19 negara pula naik kepada 329 orang apabila tiga lagi kematian dilaporkan hari ini. – 20 November, 2020.
AWAS
HATI
HATI
1 ulasan:
Nanti tanya sat...yg engkau hari hari lapurkan pasal hati hati pasal kobis ini apa ke jadah nya...nak ke sapa sap kobis ni? Nak hati hati camne?
Kalu nak naik numbo, naik je lah... nak tanya jugak...apa yang nak di risaukan? Engkau bukan nya ada obat? Takde duit nak bagi kalu duduk rumah?
DG tu dah lali dah...kerajaan ni pun dah lali dah...engkau hari hati hati pun dah lali...bukan nya akan habis pun kobis ni...
Catat Ulasan