LANGKAH TERBAIK
DAPAT MANDAT
RAKYAT
AMIN
PN memang mahu
mandat baru rakyat
melalui pilihan raya
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sememangnya berharap untuk mendapat mandat baru daripada rakyat melalui pilihan raya, kata Muhyiddin Yassin.
Perdana menteri berkata pilihan raya umum boleh dibuat sekiranya isu berkaitan pandemik Covid-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara dapat diselesaikan.
“Jika dua perkara ini dapat kita selesaikan, saya memang mengharapkan kita mendapat satu mandat baru.
“Kita pergi kepada rakyat dan mohon rakyat pertimbangkan. Kalau mereka berpendapat kerajaan Perikatan Nasional ini bagus dan prihatin terhadap masalah mereka… mereka akan hargai usaha kita,” katanya.
“Bila Covid selesai, ekonomi rancak, terserahlah, kita berdoa pada Allah agar negara kita kembali pada landasan yang betul dalam satu tempoh yang tidak terlalu lama,” kata Muhyiddin.
1 ulasan:
muidin mmg tak mr kobid hilang..sebab mr kobid dah banyak tolong..lagi banyak rakyat kena kobid lagi selamat muidin..tah tah esok palimen besidang tiga orang je..tuan speaker ,piem..dgn piem tepi kah kah kah
Catat Ulasan