ESOK SAPA
MENANG?
Selasa 3 November 2020 lebih dari 300 juta warga Amerika Sarekat akan memilih Presiden. Lebih dari 80 juta telah mengundi awal. Semua angka , semua pugutan suara. semua pemerhati politik dalam Amerika dan luar Amerika berpendapat Presiden ke 45 Amerika Donald Trump akan kalah. Joe Biden akan menang.
Apa makna dan tanda politik Amerika yang berlaku sekarang, Apa pula implakasinya terhadp politik dan ekonomi dunia. Wajib diakui Amerika PEMILIK ekonomi kapitalis terbesar dunia. Pemilik bala tentera terbesar dalam dunia. Apa sahaja berlaku di Amerika akan membawa tempias kepada dunia.
Minggu lalu saya ada menimbulkan apa yang dipanggil ‘October Surprise ‘ atau saya panggil Gempaq Oktober . Pada bulan oktober – bulan terakhir sebelum mengundi biasanya tukang kempen parti Democrat atau Republican akan membocorkan maklumat terkini tentang musuh masing dalam usaha untuk meraih undi. Atau membuat kenyataan dasar yang tidak disangka yang diharapkan boleh menjadi besi berani menarik undi.
Gempaq Oktober adalah konsep politik Amerika ini disaat akhir untuk memburukkan musuh. Pada tahu 2016 Democrat membocorkan e-mail Trump. Republican juga membocorkan e-mail Hillary yang menggunakan email resmi kerajaan untuk kegunaan pribadi. Ketika itu Hillary ialah Setiausaha Negara dibawah kerajaan Obama.
Gempaq Oktober kali ini muncul pada 14 Oktober. Tabloid New York Post membocorkan rahsia dari sebuah kompter riba. Amerika jadi heboh. Berita ini meledak untuk memburukan Biden.
Kesah bermula pada April 2019 – seorang Mamat tuan punya kedai memperbaiki computer di Delware telah menerima sebuah komputer riba untuk dibaik pulih. Tetapi tuan empunya komputer tidak datang untuk mengambil kembali computer yang telah dibaiki. Mamat ini terlihat isi kandungan komputer. Dia risau lalu dia membuat satu salinan. Kemudian Mamat ini menghubungi FBI dan menyerahkan komputer ini.
Tunggu punya tunggu FBI tidak melakukan apa apa maka Mamat ini menghubungi Rudy Giuliani bekas Datuk Bandar New York dan juga peguam Trump.
Giuliani membaca isi kandungan komputer. Ada surat, ada gambar dan ada klip video sex dengan gadis bawah umur. Rudy Giuliani memberikan isi komputer riba untuk ‘ diletupkan ‘ oleh tabloid The New York Post.
Pada hemat sesiapa saja yang membaca isi kandungan e-mail aakan terperanjat. Isinya jika diselidiki akan memperlihatkan bahaya kepada Amerika. Terutama dari segi petahanan. Surat menyurat juga menunjukkan telah berlaku salah guna kuasa dan rasuah.
Isu komputer ini meledak bukan kerana video sex tapi kerna pemiliknya bukan orang biasa. Pemiliknya Hunter Biden anak lelaki Joe Biden bekas Naib Presiden dan calon Presiden 2020.
Hunter saorang saorang ahli perniagaan yang gagal. Hunter juga pemadat kokain. Untuk hidup mewah Hunter telah menjadi ‘ broker’ menjual nama ayahya yang pada ketika itu Naib Presiden dibawah Presiden Obama.
Kita di Malaysia tidak hairan dengan berita saperti ini, Tapi ini pertama kali ’kesah benar’ berlaku di Amerika. Kita di Malaysia ada Riza Aziz. Riza Aziz ada Jho Low. Riza jual nama Najib. Hunter jual nama Biden. Tapi siapa Jho Low untuk Hunter.
Jeng jeng jeng. Jangan risau Hunter juga ada Jho Low. Peranan Jho Low dimainkan oleh Ho Chi Ping. Siapa sosok ini?
Dari maklumat komputer didapati bagaimana Hunter telah dihubungi oleh Ho Chi Ping. Lelaki China ini dari siasat FBI adalah ajen China Merah. Dia berselindung dalam perniagaan untuk merisek. Lelaki China ini membuka peluang perniagagan cari gali minyak melaui Syraikat CEFC China Energy kepada Hunter Biden.
Ini mondus operandi yang dijalankan oleh China Merah diserata dunia dalam usaha China Merah merancang untuk menjadi kuasa imperial baru. China Merah mahu menggantikan kuasa imperialis Amerika Sarekat. Kini melalui Hunter Bidenn China Merah telah berjaya menyusup ke puncak kuasa di Rumah Puteh.
Dalam masa yang sama Hunter juga telah direkrut oleh Burisma – syarikat cari gali Ukraine. Burisma telah melantik Hunter untuk menjadi ahli lembaga pengarah dengan gaji dan saham yang lumayan walau pun Hunter buta dalam hal perniagaan apatah lagi dalm ilmu cari gali bahan bakar petrolium .
Tidak cukup dengan imbuhan kepada Hunter Burisma juga mememberi 10% potogan ke pada Big Guy.
Ingat tidak? Malaysia ada MO1. Amerika ada Big Guy. Siapa MO1? Siapa Big Guy?
Apabila dikaji dan diselidiki isi kandungan surat menyurat dari dalam computer maka semuanya terbongkar jelas.
Kesah Hunter menjual nama ayahnya bukan satu pekara baru. Malah isu ‘jual nama’ ini telah ditimbulkan dalam Kongress Democrat pada tahun 2019 lagi. Ramai ahli parti tak bersetuju dengan apa yang dilakukan oeh Hunter.
Media dan ahli parti telah mendesak Joe Biden untuk menerangkan duduk pekara. Sama saperti jawapan Najib ‘ saya tak tahu’.
Joe Biden jugamengakui bahawa dia tidak tahu menahu hal perniagaan anaknya. Joe Biden menafikan yang dia ada hubungan dengan peniaagan anaknya. Bila media memberi tekanan Biden terus berkeras menafikan.
Tup tup email surat menyurat dalam komputer mencerahkan semua yang kabur. Jelas China Merah dan Ukraine sedang menggunakan Hunter Biden untuk mempengaruhi bakal Presiden Amerika. Email ini juga mensahehkan bahawa Big Guy ialah Joe Biden
Apa terjadi?
Bila berita ini meledak pada14 Oktober 2020 – warga Amerika marah. Melalui media sosial - Twitter , Google dan Facebook berita ini telah dihebohkan. Twitter dan Facebook mengambil Langkah ‘ ganas’ . Semua berita yang membawa berita komputer riba dilupuskan atau ditapis. Tuan empunya akoun dipadamkan. Amerika gempar. Jelas media neo liberal dan syarikat teknoloji semunya cuba mempertahankan Joe Biden.
Media arus perdana saperti The New York Times, Wahington Post mengambil pendirian bahawa - apa yang sedang berlaku ialah projek Rusia menyebarkan berita palsu untuk mensabotaj peluang Biden dari menang.
Rusia sekali lagi saperti tahun 2016 telah digunakan sebagai hantu untuk menakutkan warga Amerika. Walhal yang jelas terbabit hitam puteh ialah peranan China Merah.
Keadaan ini telah memanggil John Ratcliffe Pengrah National Intelligence untuk membuat kenyataan. Pengarah Intel ini telah menafikan secara terbuka peranan Rusia. Pengarah Intel berkata bahawa Rusia tidak ada terbabit dalam kes computer Hunter Biden ini. Khalas.
Tidak cukup dengan ini - pada 27/10 /2020 – Stesen Tv Fox telah membuat temu bual dengan Tony Bobulinsky rakan niaga Hunter Biden dalam syarikat SinoHawk Holding. Tony menerangkan hubungan syarikat mereka dengan syarikat CEFC China Energy. Tony juga memberitahu media bahawa Joe Biden berbohong pada rakyat Amerika. Joe Biden tahu semua perniagaan yang dijalankan oleh anaknya Hunter.
Pada 29/10/2020 - Jawatankuasa Senate telah memanggil Mark Zukerberg dari dari Facebook, Jack Dorsey dari Twitter dan Sundar Pichai dari Google . Tak sampai satu minggu sebelum pengundian berlaku Dewan Senate Amerika mahu tahu kenapa media sosial menjalankan ‘censorship’ melupukan berita, menapis berita dari diketahui oleh warga Amerika.
Propaganda tentang demokrasi dan kebebasan bersuara di Amerika menjadi persoalan. Kini media Amerika telah sama tarafnya dengan media dunia ketiga saperti di Korea Utara atau di China Merah. Amin.
Kita di Malaysia tidak hairan lagi dengan kes rasuah dikalangan pemimpin negara. Kita tidak terperanjat apabila tahu bagaimana Riza Aziz anak tiri Najib menjual nama Najib yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia. Kita kini dari mahkamah telah mendapat pencerahan akan peranan Jho Low. Ketua Polis Negara juga telah beberapa kali secara berlapik membocorkan kepada media peranan China Merah yang memilihara Jho Low.
Untuk warga Amerika October Surprise memang memeranjat kan. Apa kah gempaq oktober akan mengubah ahti pengundi. Mari kita sama lihat jawapannya pada Selasa 3 Oktober depan.
Siapa agaknya pilihan warga Amerika. Dari semua pungutan suara dilihat Joe Biden akan ke Rumah Puteh.
Ketika tulisan ini digarap Joe Biden mengatasi Donald Trump lebih dari 10%. Populariti Joe Biden 51% dan Donald Trump 43%.
Tapi awas pada tahun 2016 Hillary mengatasi 16% populariti Trump. Hillary mendapat undi lebih 3 juta dari Trump tapi masih kalah.Di Amerika undi popular sama saperti di Malaysia bukan penentu. Amerika menggunakan ‘ electoral college system ‘ sebagai pemilih akhir. Setiap 50 buah negeri di Amerika memilki undi. Undi negeri ini akan dikumpulkan sebagai penentu.
Apakah Donald Trump akan berjaya melakukan saperti apa yang telah dilakukan oleh nya terhadap Hillary Clinton pada tahun 2016. Ketika itu semua media menyokong Hillary. Semua media meramal Hillary. Malah ada akhbar lebih awal telah membuat tajuk beriat – Hillary ke Rumah Puteh.
Mari kita tunggu dan lihat. Jika Joe Biden menang apa akan berlaku. Jika Trump kalah apa akan terjadi. Tunggu minggu hadapan. (TT)
4 ulasan:
Amerika baik. Tidak ada calon tetap presiden yang tunggu selama lebih 22 tahun. Calon presiden hanya 18 bulan ... lepas pilihanraya, tak menang, balik rumah biar orang lain cuba. Tapi di Malaysia, kita ada calon tetap perdana menteri yang terlama di dunia. Beliau sekarang ingat jawatan perdana menteri patut dia warisi, sebab tu, dia buat kacau. Tak baik macam tu. Rakyat yang menderita apabila politikus ni main wayang kulit.
masa dia jadi senator dia lobi senat untuk reform undang undang yang melindungi pengguna kad kredit.
masa tu anak dia kerja dengan syarikat kad kredit.. kebetulan?
"Mr. Biden’s son, Hunter, received consulting fees from the MBNA Corporation from 2001 to 2005 for work on online banking issues. Aides to Mr. Obama, who chose Mr. Biden as his vice-presidential running mate on Saturday, would not say how much the younger Mr. Biden, who works as both a lawyer and lobbyist in Washington, had received, though a company official had once described him as having a $100,000 a year retainer."
"Mr. Biden joined Republicans to defeat attempts by his Democratic colleagues, including Mr. Obama, to soften the bill’s impact on those same constituencies. He was one of five Democrats in March 2005 who voted against a proposal to require credit card companies to provide more effective warnings to consumers about the consequences of paying only the minimum amount due each month."
https://www.nytimes.com/2008/08/25/us/politics/25biden.html
oh begini rupanya syarikat 'membeli' ahli politik untuk kepentingan mereka. di malaysia Modus Operandi ni dah lama.. mereka bagi duit.. bagi jawatan.. kadang2 bagi lendir... pada anak-anak ahli politik... untuk dapatkan apa yang mereka nak.
Kalu Trump menang aku akan migrate ke Austin Texas. Nanti aku akan jemput Titi datang ke Austin. Itu pun kalu Trump tak halang rakyat negara muslim datang ke US. Idup POTUS.
tak sabar tengok civil war berlaku fi amerika
Catat Ulasan