SOKONG
PULAU PANGKOR
BEBAS CUKAI
AMIN
PEMINAT COKLAT
BERGUMBIRA
AMIN
Tempoh 48 jam
bebas cukai
di tiga pulau kekal,
kata menteri
Kerajaan tidak dapat mempertimbangkan permohonan untuk memendekkan tempoh bebas cukai Pulau Pangkor, Perak dari 48 jam ke 24 jam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, tempoh itu ditetapkan bagi membolehkan pelancong mempunyai lebih banyak masa di pulau bebas cukai.
Tempoh 48 jam itu, katanya, ditetapkan bagi memberi faedah ekonomi yang lebih kepada pengusaha termasuk restoran, hotel dan tempat penginapan lain.
“Layanan sama perlu diberi kepada tiga pulau bebas cukai lain iaitu Labuan, Pulau Tioman dan Pulau Langkawi jika kelulusan itu diberikan kepada Pulau Pangkor.
“Jika tempoh bebas cukai dipendekkan kepada 24 jam, kesan ekonomi tidak besar berbanding pelancong tinggal dua hari atau 48 jam di Pulau Pangkor,” katanya.
1 ulasan:
Eleh,kamu nak yang sedap tu. Teruk kamu ni yg sedap tu sorang sorang. Kami pun freeloader jugak nak tumpang sekole dua.
Catat Ulasan