DULU UNDI
PERCAYA PD MADEY
KAH KAH KAH
ERTINYA
TIDAK PERCAYA
PADA ANWAR
KAH KAH KAH
SEKARANG UNDI
PRCAYA PD MUHYIDIN
KAH KAH KAH
MAKNANYA JELAS
TAK PERCAYA PADA MUHYIDDIN
AMIN
Umno gesa usul undi percaya untuk tekan Muhyiddin, kata penganalisis
GESAAN agar usul undi percaya terhadap perdana menteri disegerakan menunjukkan Umno mahu lebih dihormati sebagai parti dominan dalam Perikatan Nasional (PN), kata penganalisis.
Mereka juga percaya tekanan itu mengesahkan terdapat banyak perkara masih belum selesai dalam gabungan tersebut yang membuatkan Umno lantang mengkritik kerajaan.
Pensyarah dari Universiti Malaya Mohamad Tawfik Yaakub berpendapatan, ia berbeza dengan sikap Umno yang terlalu banyak bertolak ansur pada peringkat awal pembentukan kerajaan PN.
“Namun kelembutan kepimpinan Umno ketika itu dimanipulasi sehingga Umno dilihat tidak penting dalam barisan utama kerajaan.
“Lihatlah hanya seorang naib presiden Umno dilantik menteri, hatta presiden dan timbalan presiden tidak diberi ruang dalam kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Sebab itulah muncul cadangan Zahid untuk mengemukakan undi percaya itu sebagai tekanan dalam bentuk yang lebih lembut dan menunjukkan Umno bergeser dengan parti dalam PN, katanya.
“Maka tekanan demi tekanan diberikan oleh kepimpinan Umno dalam wajah yang berbeza dan lebih lunak iaitu undi percaya.
“Jika melakukan undi tidak percaya nampak jelas Umno berkonfrontasi dengan kerajaan PN.
“Jadi strategi Umno untuk memastikan partinya dihormati dan tekanan supaya pilihan raya diadakan adalah melalui desakan undi percaya,” katanya.
Tawfik percaya ia dibuat secara lunak untuk mengelakkan Umno digelar pembangkang jika mengusulkan undi tidak percaya.
“Namun matlamatnya sama,” kata Tawfik lagi ketika diminta mengulas gesaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya usul percaya itu disegerakan.
Menurut Zahid ia perlu ditentukan di Dewan Rakyat untuk membuktikan pentadbiran PN stabil, memandangkan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri tidak dapat dikemukakan.
Gesaan itu dialu-alukan penganalisis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mazlan Ali yang melihat langkah tersebut menunjukkan Umno mula bertindak sebagai ejen semak dan imbang.
Ia juga menggambarkan Umno sudah mula membentuk kualiti demokrasi apabila pemimpinnya mula menjadi kritikal kepada PN, katanya.
“Kita pun tahu apa berlaku dalam PN, Umno banyak kritik kerajaan, ahli Parlimen mereka termasuk Najib Razak juga buat kenyataan mereka sokong (Belanjawan 2021) tapi bersyarat.
“Maksudnya (sokongan) Umno tak sekukuh hasrat di dalam kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Katanya, gesaan Zahid itu menunjukkan Umno tidak menyokong PN sepenuhnya memberi memberi risiko kepada Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada awal bulan ini.
“Bila Zahid cadang benda itu ia agak luar biasa. Nampaknya ada kebimbangan belanjawan tak berjaya diluluskan semakin lebar, semakin besar.
“Bila Umno kata begitu Umno mainkan peranan semak dan imbang dalam demokrasi, jarang berlaku seperti ini. Ini menunjukkan Umno takkan pertahankan kerajaan PN itu kalau mereka tak betul.
“Nampak kualiti demokrasi Umno sudah ada, keberanian Umno dalam semak dan imbang, sedangkan sepatutnya pembangkang yang mainkan peranan itu,” katanya.
Namun, Mazlan berkata beliau yakin usul berkenaan tidak akan dibawa ke dalam Dewan Rakyat oleh kerajaan Muhyiddin kerana dianggap tidak perlu.
“Usul itu perlukan satu tingkat pembudayaan demokrasi yang tulen, baru boleh buat. Cadangan itu agak kritikal.
“Kalau nak luluskan belanjawan kena bawa usul percaya kepada perdana menteri tapi hasilnya sama juga, kalau tak lulus maknanya perdana menteri tidak ada cukup majoriti.
“Saya tak percaya mereka akan bawa kecuali mereka yakin, jarang berlaku usul percaya dalam demokrasi, kerajaan tak perlu bawa usul sebab mereka dah memang kerajaan kecuali ada krisis.”
Awang Azman Awang Pawi, penganalisis dari Universiti Malaya juga melihat gesaan untuk mengemukakan usul tersebut sebagai satu perangkap kepada PN.
Ini kerana fungsi kedua-dua usul percaya dan tidak percaya itu sama – untuk menilai sokongan ahli Parlimen kepada Muhyidin sebagai perdana menteri.
“Dengan kata lain (Zahid menganjurkan) lebih baik ada undi percaya, sebelum undi tidak percaya dilakukan. Mana-mana dua perkara itu sebabkan kerajaan PN terperangkap,” katanya.
Malah, Muhyiddin juga tidak akan memenuhi tuntutan tersebut, sama seperti sikapnya untuk tidak melayan tuntutan Umno bagi jawatan timbalan perdana menteri.
“... Kalau beri jawatan itu kepada Umno akan lemahkan Bersatu dan sudah tentu Muhyiddin tak benarkan perkara ini berlaku,” katanya.
Beliau mengambil peluang membangkitkan perkara tersebut sewaktu kerajaan pimpinan Muhyiddin diasak dengan sekurang-kurangnya 25 usul undi tidak percaya dikemukakan ahli Dewan Rakyat.
Usul berkenaan bagaimanapun tidak dimajukan oleh speaker yang memberi alasan perlu mengutamakan usul kerajaan.
Kerajaan Muhyiddin dilanda krisis ekoran ketegangan dari pemimpin Umno yang mengancam untuk mengalih sokongan.
Bagaimanapun, majlis tertinggi tersebut pada bulan lalu memutuskan parti itu akan kekal bersama PN untuk penggal ini dan menggesa pilihan raya diadakan apabila Covid-19 reda. – 22 November, 2020.
1 ulasan:
Kalau undi percaya kpd Muhyiddin berjaya menjatuhkan dia, adakah Anwar Ibrahim will get the numbers untuk jadi Perdana Menteri ke 9 ?
Antara Muhyisdin dan Anwar, siapa lebih baik jadi Perdana Menteri..?
Ini PAS, Pejuang, Warisan dan GPS patut fikirkan, ketika mereka tak mahu undi percaya atau menolak bajet 2021 Muhyiddin.
Catat Ulasan