BALA MELANDA
KELANTAN
BUKAN KERANA
ALLAH MURKA
AMIN
PEMIMPIN PAS
WAJIB SEDAR
JANGAN SELALU
BUAT KENYAATAN
BILA ADA BALA
DATANG
TUDUH KERANA
BANYAK MAKSIAT
AMIN
SEKARANG
WAJIB SEDAR
BILA DAH KENA
BATANG HIDUNG
SENDIRI
AMIN
Sikap rakyat Kelantan punca penularan Covid-19
SIKAP rakyat Kelantan yang mengambil mudah dan bersikap sambil lewa arahan kerajaan supaya sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan antara punca penularan Covid-19 sukar dikekang di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, angka jangkitan yang semakin meningkat dalam tempoh beberapa hari ini jelas menunjukkan seolah-olah penduduk tidak memandang serius dengan arahan kerajaan.
“Sepatutnya orang ramai yang kena memainkan peranan. Ambil perhatian dan sentiasa patuhi SOP. Bila sudah jadi begini (PKPB dilanjutkan) maka banyak pihak yang akan susah,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Panchor dekat Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, hari ini.
Tegasnya, kawasan Kota Bharu yang kekal Zon Merah bersama Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang membuktikan sikap rakyat tidak memandang serius arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
“Saya akui amat sukar untuk mendidik orang ramai dengan norma baru tetapi sekiranya kita memberi tumpuan sepenuhnya dan tetap patuh, penularan Covid-19 akan berjaya disekat,” katanya mengulas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di empat daerah di Kelantan yang dilanjutkan sehingga 20 Disember ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan PKPB di Kelantan turut ditamatkan esok seperti kebanyakan negeri-negeri lain, kecuali bagi daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah. – Bernama, 5 Disember, 2020.
1 ulasan:
Bala daei ALLAH kat Ustaz Doremor
Catat Ulasan