Khamis, 3 Disember 2020

BERITA UNTUK SEMUA

 


BERHATI HATI

Jurutol 

Plaza Tol Ayer Panas

 positif Covid-19

LORONG pelbagai kelas di Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE) ditutup secara berperingkat susulan seorang jurutol telah disahkan positif jangkitan Covid-19 semalam.

Pemegang konsesi Lebuhraya DUKE, Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jurutol tersebut sedang menerima rawatan di hospital dan pihak Lebuhraya DUKE juga sudah menjalankan proses pengesanan kontak rapat.

“Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dari arah pusat bandar Kuala Lumpur, Sentul dan Gombak yang ingin menuju ke arah Ampang, Setiawangsa dan Wangsa Maju dinasihatkan untuk memastikan baki kad Touch N Go dan e-dompet sentiasa mencukupi.

“Ini kerana lorong pelbagai kelas dan bangunan plaza tol akan ditutup sementara bagi kerja sanitasi dan pembersihan yang akan dilakukan pada 12 tengah malam, hari ini,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 2 Disember, 2020.


KITA BANTU KITA

RAKYAT TOLONG

RAKYAT

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat bantu rakyat..pemimpin bantu pemimpin utk memboroikan poket..rakyat tertipu rakyat dah meroyan nak gila..pemimpin? lantak kau la rakyat