Selasa, 29 Disember 2020

BERKHALWAT HARI KE 287

 



KHLAWAT KE 287

SELASA 29/12/2020

KITA MASUK KE HARI 287 
BERKHALWAT

TAHUN 2020
HAMPIR PERGI
TAHUN 2021
AKAN SAMPAI

KITA MASIH DALAM GAWAT
GAWAT KOBID
GAWAT EKONOMI
DAN
GAWAT POLITIK

ANWAR IBRAHIM
MASIH GILA
NAK JADI PM
AMIN

DUNIA  PUN SAMA GAWAT
ANGKA MANGSA KOBID
MAKIN BERTAMBAH
VEKSIN DI LAPORKAN
DAH ADA
MARI KITA SAMA SAMA 
TUNGGU APAKAH
VEKSIN INI MUJARAB
AMIN

PAGI INI MENDUNG
KUALA LUMPUR MENDUNG
HOKKIEN SEJUK
UNGGAS DAN CENGKERIK 
SAOLAH  MEREKA
DAH TAHU UJAN AKAN DATANG

SEPASANG HELANG
BELIGAR DIATAS  KEPALA
KELIHATAN MENJUNAM MENYAMBAR
KEMUDIAN HILANG

KETIKA GUA MENGETIK  INI
SAH DAN SAHEH
MENDUNG AWAL TADI
TELAH MEMBAWA HUJAN

INI HUJAN PAGI
HUJAN SEDIH
MERENDAM RASA
MATAHARI PAGI
HILANG ENTAH KEMANA

BRO
JANGAN BERHENTI
HARI INI PAYAH
ESOK PUN SUSAH
TAPI  LUSA 
MATAHARI AKAN BERSINAR

BRO
MULA KAN PAGI INI
DENGAN SENYUM

BRO
HIDUP INI PERCUBAAN
LAGI BANYAK KITA CUBA
LAGI BANYAK PELUANG TERBUKA

BRO
HANYA LU BOLEH
UBAH HIDUP LU
ORANG LAIN TAK AMBIL POT

KALAU HIDUP INI
SEMUA KITA TAHU
NAK BUAT APA HIDUP

HIDUP INI
IALAH MEMADAMKAN
YANG LAMA
TANPA  MENGGUNAKAN  GETAH

KECANTIKAN IALAH SENJATA
SENYUMAN IALAH PEDANGNYA

HA HA
BILA KITA DAH MULA
NAK RETI HIDUP
TETIBA SEMUA BERUBAH
KAH KAH KAH

BRO 
GEMBIRA BAHAGIA
IALAH MENELITI DIRI KITA
APA YANG DIRI KITA
 LAKUKAN TIAP HARI

HIDUP INI
TAKLAH SESUSAH
YANG KITA FIKIRKAN

BUKAN BERAPA LAMA
KITA HIDUP
TAPI BERAPA DALAM
KEHIDUPAN KITA

BRO
DILUAR HUJAN MAKIN LEBAT
JAM  KOMPUTER GUA
TUNJUK 8.54
ADUH SEJUK DAN BASAH

BAGAIMANA AGAKNYA
WILAYAH YANG BANJIR

KITA HANYA MENDENGAR
KITA HANYA MEMBACA
KITA TIDAK MENGALAMI

MANA BERAT MATA MELIHAT
BERAT LAGI
RUMAH DITENGGELAM AIR
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: