Selasa, 15 Disember 2020

ISRAEL SAUDI DAN AMERIKA



ISRAEL SAUDI 

DAN AMERIKA

Tahun depan  pada 20 Januari 2021 Joe Biden akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Sarekat ke 46.  Joe Biden dari Parti Democrat mengalahkan  Donald Trump dari Parti Republican dalam pemilihan Presiden Amerika 2020. 

Kita lupakan apa yang sedang dilakukan oleh pasukan peguam Donald  Trump yang mahu menggagalkan pemilihan Joe Biden melalui tindakan mahkamah.  Di belakang tabir  keputusan telah dibuat. 

Hakikatnya  Joe Biden dengan bantuan  ‘ daulah terpendam  - deep state’ , media arus perdana ,  teknoloji gergasai  bersama oligarki telah berjaya mengalahkan Donald Trump. Amin.

Perserikatan empat kuasa  ini  telah  berjaya menobatkan Joe Biden.  Sama saperti Obama, Joe Biden juga dipilih  untuk mewakili kaum pemodal kerana  sosok ini dilihat sopan , berhemah  dipecayai memiliki imej yang ‘lembut’  untuk menjadi ‘muka depan’  kaum pemodal antarabangsa yang mahu menjarah harta kekayaan dunia. 

Wajah Joe Biden tidak menggangu gugat perjalanan  warga di Wall Street.

Dari stratiji kaum pemodal adalah lebih molek dilihat Orang Hitam  mengebom  mati orang hitam di Afghanistan dari Orang Putih membuat kerja bunuh membunuh.  Joe Biden yang berhemah akan dilihat mulia dikaca mata rakyat dunia.  Berbanding dengan Trump yang lucah dan celupar dilihat  membawa bahaya kepada modal.

Pemilihan siapa menjadi Presiden  di Amerika  tidak ada membawa apa apa makna yang fundumental yang boleh mengubah keadaan ekonomi, politik dan sosial  majoriti  warga Amerika menuju ke ruang yang lebih elok. 

Gula-gula pilihan raya ini di ding-dongkan empat tahun sekali dengan bijak, licik  dan teratur.

Tujuan pemilihan ini untuk memberi harapan kepada orang ramai  bahawa negara Amerika Sarekat sebuah negara yang demokratik. Rakyat di Amerika setiap  empat tahun sekali diberi peluang untuk membuat pilihan sosok mana yang diberi mandat untuk memimpin mereka.

Dalam masa yang sama pilihan raya Presiden di Amerika akan ditakrif dan digunakan sebagai contoh unggul  ciri ciri  negara demokratik. Ciri demokrasi ini wajib dijadikan  ikutan dan tauladan oleh  negara-negara lain terutama di dunia ketiga saperti Malaysia. Tanpa pilihan raya negara itu akan dianggap tidak demokratik. Ada pilihan raya  dianggap negara pengamal demokrasi dan kebebasan.

Pilihanraya kini disamakan maknanya dengan  demokrasi. Pilihanraya disamakan dengan  kebebasan. Pilihanraya disamakan sebagai bebas bersuara, bebas  berkumpul dan berpersatuan.  Negara yang ada pilihanraya   ditakrif sebagai  menghormati hak asasi manusia. 

Dua sosok  - dari Parti  Repbulican  dan Democrat  - yang bertanding sabenarnya  tidak memiliki perbezaan dasar yang  hakiki. Amat payah  lagi sulit untuk warga dunia membezakan rasa Coca Cola dengan rasa Pepsi Cola. Biden Pepsi atau Trump Coke    atau Biden Coke  dan Trump Pepsi. Mustahil dapat dibezakan kerana dua-dua  dasar parti  yang mereak anuti adalah  sama.

Dua parti ini mewakili kepentingan  kelas kaum pemodal. Mewakili kepentingan pasaran mencari untung.  Dua-dua parti politik ini klim bahawa dibawah parti mereka  sistem ekonomi kapitalis  akan dikendalikan dengan lebih baik. Keuntungan akan belipat ganda. 

Beza yang jelas hanyalah ketika berkuasa Trump  memberi arahan  menembak penunjuk perasaan di arah kepala. Manakala Biden yang akan dapat kuasa  memberi arahan tembak di  bahagian dada. Satu tembak di kepala dan satu lagi tembak di dada untuk warga Amerika. Untuk warga dunia arahan mereka sama – bom sampai lumat. Amin

Dalam politik khususnya politik  pilihan raya di Amerika ada satu lagi kuasa di belakang tabir. Kuasa ini jelas dilihat dan diketahui  ramai. Tetapi tidak ramai yang berani  menyuarakan apa yang mereka nampak.

Kuasa ini begitu berkuasa sekali hinggakan tidak ada sesiapa di Amerika berani berkata  benar apabila berhadapan dengan kuasa ini.

Semua orang tahu. Semua  orang buat buat tidak tahu.

Kuasa yang memiliki kuasa besar di Amerika dan dalam dunia hari ini ialah kuasa Zionis Israel.  Zionisma ialah  kuasa yang sedang  mendominasi  politik, militer, diplomasi  dan ekonomi dunia kita hari ini.

Bersama kuasa Zionis ini ada satu lagi  kuasa untuk menjadikan kuasa tiga serangkai. Kuasa ini ialah kuasa Islam. Islam Saudi ini dikenali sebagai Wahabi.

Tiga kuasa inilah yang sedang mengharu birukan dunia Arab.  Tiga kuasa ini bukan hanya  membuat kacau di dunia Arab malah bertanggung jawab membuat kacau di seluruh dunia.  Kuasa imperialis Amerika, dibantu oleh Zionis Israel dengan sokongan idealoji  Wahabi.

Betul  ke Saudi ini berkuasa dan berpengaruh?

Buktinya cukup senang. Tak perlu kajian mendalam.  Tak perlu ijazah PPE ( Politic Philosophy Economy)  dari Oxford Universiti atau dari UITM. Untuk Amerika negara tanpa pilihanraya adalah negara tidak demokratik. Saudi Arabia   semenjak diwujudkan oleh Inggeris pada tahun 1930 tidak pernah ada pilihan raya.  Tetapi Rumah Putih senyap tak memberi apa apa komen.

Media Amerika – New York Times, Los Angles Times,  Wall Street Journal  dan kaum kerabatnya  tidak  pernah  menimbulkan atau mengkritik  Saudi Arabia.  Media Amerika hanya berupaya membuat laporan acah acah sahaja berbanding  laporan maut mengenai Cuba atau Venuezula.  Kenapa? 

Jawapan  senang sahaja.  Kerana  Saudi  ini adalah sebahagian dari projek  Zionis – Anglo- Amerika.

Dalam tahun ini sahaja kita telah membaca dua pembunuhan yang dijalankan oleh Amerika. Pada  3 Januari 2020  Major General Qasem Soleimani telah dibunuh atas arahan Presiden Trump.  Qasem adalah sosok ke dua terpenting dalam hiraki kepimpinan politk Iran sesudah Presiden. 

Pada 27 November 2020 yang baru  berlalu Mohsen Fakhrizadeh  telah dibunuh. Mohsen ialah saintis dan pakar tenaga nuklear Iran.

Apa tujuan pembunuhan ini. 

Sekali imbas kita lihat bahawa  Qasem dibunuh kerana sosok ini memiliki kebijaksanaan  dalam hal militer.   Iran musuh Amerika maka Qasem wajib dimatikan.  Manakala Mohsen dibunuh kerana sosok ini  pakar nuklear. Amerika tidak mahu Iran memiliki senjata nuklear. Maka Mohsen wajib dimatikan.

Tetapi hakikatnya di belakang pembunuhan ini ialah Zionis Israel dan Saudi.    Zionis dan Wahabi menganggap  Iran sebagai musuh utama mereka  justeru Iran wajib dimusnahkan.  Yang memiliki kuasa untuk  menyerang  musnah Iran hanya Amerika.

Pembunuhan ini bertujuan untuk menjemput Iran melakukan serangan balas. Dari segi perancangan Zionis -Wahabi  - pada perhitungan mereak pasti Iran akan bertindak balas.

ZionisWahabi berharap Iran akan mengarahkan jaringan  atau anak buahnya  untuk melakukan  serangan balas . Saperti yang berlaku pada tahun-tahun 70’an dan 80’an. Kelab malam  Le Belle yang dikunjungi oleh soldadu Amerika di bom di Berlin pada 5 April 11986. Pada  18 Julai 1994 bangunan pejabat Isreal-Argentina dibom di Beunos Aires. Seramai 865 tewas dan ratusan cedera.

Apa sahaja tindakan balas dari Iran akan memberikan alasan kepada Amerika untuk bertindak. Zionis-Wahabi hanya melakukan provokasi. Mereka mahu Amerika berperang dengan Iran.  Ini cara Zionis-Wahabi bekerja.

Lihat bagaimana kerajaan Saddam dijatuhkan. Lihat bagaimana  Muammar Gadafy dibunuh.  Lihat hingga sekarang Syria  masih lagi dalam kancah perang .  Semua ini adalah projek Zionis-Wahabi.

Pasti ramai pembaca akan menuduh bahawa Hishamuddin Rais anti Islam. Menuduh tulisan ini  tidak bertanggung jawab. Mustahil Saudi negara syumul Islam  - penjaga kubur Nabi dan Kaabah - akan bekerja sama dengan Zionis Israel.  Ramai akan menuduh  tulisan  ini adalah fitnah.

Untuk memahami duduk perkara bukan satu yang susah. Kita hanya  memerlukan fikrah rasional. Buangkan emosi yang memandulkan  fikrah.

Saudi Arabia ini diwujudkan oleh kuasa Inggeris pada tahun 1930. Ini sebagai stratiji pisau  dibawah perut Kerajaan Ottoman. Kuasa imperial  German- Hungary-Austria  berjaya mengalahkan kerajaan Ottoman pada tahun 1914 . Banyak wilayah Ottoman  jadi rebutan. Saudi jatuh ke tangan Inggeris. Maka lahir apa yang kita kenali sebagai Saudi Arabia.

Saudi wujud bersama ajaran Islam Islam Wahabi. Ajaran Islam Wahabi ini dimunculkan dari pandangan   sosok pemikir dan ilmuan Islam yang  bernama  Muhamd bin Andul Wahab ( 1703-1792)- justeru dipanggil Wahabi.

Apa yang menjadikan Saudi Arabia penting dari stratiji geo-politik kuasa imperia ialah bahan bakar petrolium.  Wilayah yang kita kenali sebagai  The Kingdom of Saudi Arabia terdapat bahan bakar minyak.  

Minyak adalah penjana ekonomi. Tanpa bahan bakar minyak ekonomi dunia tidak bergerak. Saudi mengeluarkan 12 juta tong minyak sehari. Satengah dari pengeluaran minyak dunia datang dari telaga minyak Saudi Arabia.

Tanpa bahan bakar minyak sistem ekonomi kapitalis tak dapat bergerak. Tanpa bahan bakar minyak dari Saudi  Arabia  sistem ekonomi kapitalis  tak berjalan. Justeru  Saudi menjadi penting dalam geo-politik sistem ekonomi.


Amerika dibawah Presiden Nixon telah membuat perjanjian  dengan Kerjaaan Saudi dimana minyak yang dijual dari Saudi wajib dibeli dengan dolar. Hakikatnya jual beli minyak  hanya akan menggunakan dolar.  Ini berlaku sesudah Nixon membatalkan nilai dolar disamakan dengan nilai emas.  Ini permulaan apa yang dikenali sebagai petrodollar.

Amerika akan memastikan kerajaan Saudi tidak diganggu gugat. Perjanjian ini memastikan  keselamatan Saudi dijaga oleh Amerika.

Apa sangkut paut semua ini dengan apa yang berlaku sekarang? Apa sangkut pautnya  Zionis dengan Wahabi dengan Iran dan apa yang  berlaku sekarang?

Semuanya ikat berikat. Semuanya memainkan peranan dalam dunia kita hari ini.  Kita lihat sejarah bagaimana Zionis-Wahabi berkembang seiring dengan kekuatan petrodolar.  Tunggu  minggu hadapan.(TT)



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Walau apa pun yang dipepotkan oleh media, Terump akan angkat sumpah untuk kali kedua pada 12pm EST 20 Jan 2021.

Mamat yg jadi pewatak Bidin akan dikenakan tindakan undang-undang tentera. Bidin yg sebenar sudah tinggal dunia ini...ramai yg cuba lari tapi akan masuk pukal ketenteraan...sama jugak, tribunal ketenteraan atas treason, sedition, subahat dengan musuh serta korupsi.

Dunia akan diatur semula...