Selasa, 1 Disember 2020

LAGI TEKANAN KEPADA ANWAR

 


ANWAR DITEKAN

AMIN

MAKIN RAMAI

TAK YAKIN 

DENGAN PIMPINAN

ANWAR

AMIN




Tukar Ketua Pembangkang, pemimpin muda pun boleh - Ketua Whip Warisan


KUALA LUMPUR: Tiba masanya blok pembangkang di Dewan Rakyat mencari individu baharu bagi mengetuai blok tersebut untuk menjadi lebih kuat.

Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan),  Rozman Isli berkata wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan anggotanya terhadap kepimpinan dan hala tuju blok pembangkang yang dipimpin Anwar Ibrahim.

"Kita rasa tidak puas hati dan merasakan telah tiba masanya untuk kita bagi isyarat yang mana kita rasakan kepimpinan blok pembangkang ini perlu dilihat semula.

"Kita perlu seorang pemimpin yang boleh membawa kita menjadi satu pasukan yang lebih kuat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Labuan berkata, telah banyak peluang diberikan kepada Presiden PKR itu, namun hala tuju Anwar masih tidak jelas.

Beliau yang enggan menamakan individu untuk menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, menyifatkan ramai muka baru dan muda layak menduduki kerusi itu.

"Saya tidak ada nama (pengganti). Cuma bagi saya, ramai (yang boleh menggantikan Anwar).

"Apa yang penting sekarang adalah untuk pemimpin kita yang ada sekarang kena muhasabah dan boleh menilai sesiapa (pengganti).

"Ramai pemimpin-pemimpin muda... dalam PKR pun banyak yang mempunyai kebolehan. Saya yakin kita akan jadi lebih kuat," ujarnya.

Timbul persoalan sebelum ini berkait keyakinan Warisan terhadap kepimpinan Anwar apabila tidak ada seorang anggota mereka hadir pada sesi pengundian belah bahagian melibatkan dua kementerian pada peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 pada Isnin.

Selain Rozman, Ahli Parlimen Warisan yang tidak hadir hari ini ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Semporna), Datuk Darell Leiking (Penampang), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Datuk Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Ma’mun Sulaiman (Kalabakan), Ahmad Hassan (Papar) dan Datuk Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu).

Astro AWANI cuba mendapatkan maklum balas dari Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung perkara ini.

WOIT

BERILAH ANWAR

MASA 

AMIN

BUJET BELUM

TUNTAS LAGI

AMIN

AKAN ADA

MENGUNDI SEKALI

LAGI

AMIN 

DALAM MASA 


DUA MINNGU

ADA MENGUNDI

KALI AKHIR

SEBELUM TUTUP

PARLIMEN

AMIN



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

poyo gila nak kutip sampah pakai kemeja kuning.
ada apa pasal pilih kuning? nak bagi tau semua orang di pantai PD tu
yang hang masa tu sedang promosi diri nak jadi MP kan?

orang yang ada hormat diri akan buat kerja kutip sampah tu tanpa perlu
harap mata-mata orang tengok. berapa ramai sukarelawan dok bersih pantai selama ini
takda pun poyo macam hang.

gwa bukan budak koleg tapi gwa nak bagitau sama lu. lu cuma layak sebagai ahli kira-kira
masjid di cerok tokun saja. selain daripada tu lu memang tak layak. setakat cakap pandai tu boleh la untuk orang ramai yang takda daya fikrah macam ahmad maselannn

ameennn

Unknown berkata...

Kesian kat bang Nuar....pm tepi selamanya.