WOIT
TOK MAT
LU CERITA HAL
MELAYU
KAH KAH KAH
CERITA DUIT
10 JUTA YANG
HANG HANTAR
PAKAI
MONEY CHANGER
GI ANTA KE LONDON
HANG TAK ROYAK
KAH KAH KAH
Tidak perlu gagasan, perikatan baharu, kata Tok Mat
MALAYSIA tidak memerlukan gagasan atau perikatan politik baharu, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, ketika pemimpin dan parti politik terus bermain idea mengenainya, 10 bulan selepas penjajaran semula politik yang menyaksikan Pakatan Harapan diganti dengan kerajaan Perikatan Nasional.
Malaysia sebaliknya memerlukan lembaran baharu yang boleh menonjolkan idea baharu untuk memajukan negara, katanya.
Katanya, rakyat sudah bosan dengan perlakuan dan pertembungan ahli politik terutamanya yang mewakili parti Melayu.
“Semua ini tidak menguntungkan bangsa. Semua ini meletakkan kedudukan bangsa Melayu pada kedudukan yang lemah dan tanpa haluan yang jelas.
“Mungkin yang diperlukan oleh bangsa Melayu bukan lagi gagasan. Tetapi pencerahan tentang jalan bagaimana bangsa Melayu itu akan jadi lebih baik dan maju.
“Mungkin yang diperlukan oleh Malaysia itu bukan lagi perikatan politik demi perikatan politik. Tetapi dasar, idea dan kecerdikan baru untuk menjayakan Malaysia yang maju,” katanya dalam satu siaran di Facebook.
Minggu lalu, Setiausaha Agung Perikatan Nasional Hamzah Zainuddin mencadangkan satu gagasan besar dibentuk secara rasmi bersama antara partinya dengan Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Katanya, semua gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan di Putrajaya dan beberapa negeri hari ini perlu memeterai piagam persefahaman politik menuju pilihan raya umum akan datang, yang akan diadakan pada bila-bila selepas pandemik Covid-19 reda.
Hamzah percaya gagasan itu boleh meyakinkan rakyat akan kestabilan politik yang diperlukan untuk memajukan ekonomi, membangunkan negara dan membela rakyat.
Mohamad bagaimanapun berkata masanya sudah tiba untuk Malaysia “tutupkan riwayat lama, bukakan lembaran baru.”
“Baik hentikan termenung gundah gulana kerana apalah gunanya lama terharu.
Akhirnya, cerita hari kelmarin telah berlalu dan ceritanya sudah pun diceritakan.
“Hari ini, benih-benih baru tumbuh. Demikian juga Malaysia, ia perlukan benih dan inspirasi baru,” katanya.
Cadangan Hamzah sebelum itu ditolak oleh dua pemimpin kanan GPS manakala beberapa pemimpin Umno berpandangan gagasan besar itu perlu diterajui oleh Umno sebagai parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.
PAS yang menyertai Bersatu untuk membentuk PN pada Ogos lalu bagaimanapun menyokong cadangan Hamzah yang disifatkan sebagai “cadangan sangat positif”. – 15 Disember, 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan