DULU MAMAT NI
BUAT TIGA KERJA
AMIN
SEKARANG BUAT
EMPAT KERJA
KAH KAH KAH
MEMANG HEBAT
AMIN
Ahmad Maslan
setiausaha agung
baharu BN
SETIAUSAHA Agung Umno Ahmad Maslan kini dilantik sebagai setiausaha agung Barisan Nasional yang baharu.
Ahli parlimen Pontian itu dalam mengesahkan jawatan baharunya bagaimanapun tidak menjawab mengenai isu pemecatan Annuar Musa dari jawatan tersebut.
“Saya cuma ganti dia. Itu saja,” katanya kepada wartawan di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.
Walaupun didesak wartawan, Ahmad tetap tidak mahu menjelaskan lanjut tentang kenapa Annuar disingkirkan.
Annuar dipecat dari jawatan setiausaha agung, setelah kepemimpinan mendapati pandangannya tidak selari dengan parti gabungan parti itu, Umno, kata sumber.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan keputusan itu kepada menteri Wilayah Persekutuan hari ini.
“Beliau dipecat hari ini,” kata sumber kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak mahu namanya disebut.
Sumber lain mengatakan Annuar tidak senada dengan partinya, malah berpihak kepada Perikatan Nasional yang dipimpin Bersatu.
Minggu lalu, Umno cawangan Pasir Puteh meminta pemecatan Annuar setelah mendakwa beliau tidak menghormati presiden parti, selain mendahului keputusan parti.
Usul itu dikemukakan oleh Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali pada mesyuarat perwakilan bahagian itu pada Sabtu.
Annuar juga dilihat kerap mempertahankan PN berbanding Umno dalam beberapa isu yang menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin termasuk anggota Majlis Kerja Tertinggi Mohd Puad Zarkashi.
Minggu lalu, Annuar turut menegur Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki kerana mendakwa Umno tidak akan berunding dengan PAS untuk kerusi pada pilihan raya ke-15. – 5 Januari, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan