NAJIB TAK
TAK SOKONG
AMIN
ANWAR KATA
NAJIB SOKONG
AMIN
SEKARANG ANNUAR
KATA DIA ADA
BUKTI SOKONG
KAH KAH KAH
Annuar sahkan surat Zahid, Najib sokong Anwar jadi PM
SURAT Umno kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri sememangnya tulen, kata bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa.
Katanya, surat ditandatangani Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak itu jelas menunjukkan usaha menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) waktu ini.
Menurut beliau, pemeriksaan yang dilakukannya ke atas surat bertarikh 11 Oktober itu menunjukkan ia dokumen yang sah.
“Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak dan surat ini adalah tulen.
“Dalam surat ini antara yang disebut ialah menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, menukar perdana menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar Ibrahim,” katanya.
Beliau juga mendedahkan usaha dilakukan pemimpin tertentu dalam parti untuk berunding dengan pemimpin PKR dan DAP bagi meraih sokongan.
Pertemuan itu antara lain berlangsung pada 17 Oktober, kata Annuar yang tidak mendedahkan individu dalam Umno yang terlibat.
Beliau mendedahkan gerakan bekerjasama dengan PKR dan DAP tersebut dalam sidang media yang disiarkan langsung hari ini, sehari selepas dipecat sebagai setiausaha agung BN.
Umno pada Oktober lalu menafikan mengeluarkan surat sedemikian menyokong presiden PKR tersebut sebagai perdana menteri dan menyifatkannya sebagai dokumen palsu.
Penafian itu dibuat Setiausaha Kerja Umno Mohd Sumali Reduan yang berkata surat itu tidak pernah dikeluarkan pejabat presiden parti.
Isu mengenai surat itu timbul apabila Anwar sekali lagi tampil mendakwa mendapat sokongan 120 ahli Parlimen untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.
Dakwaan itu muncul sejurus sebelum Parlimen bersidang pada November untuk meluluskan Belanjawan 2021.
Pembangkang seterusnya mempromosi usaha menggembleng sokongan menolak belanjawan tersebut sebagai undi tidak percaya ke atas Muhyiddin Yassin.
Bajet 2021 bagaimanapun lulus di peringkat dasar apabila Anwar mengarahkan tiada undian belah bahagi dilakukan, dan seterusnya untuk bacaan kali ketiga dengan sokongan 111 ahli Parlimen. – 6 Januari, 2021.
1 ulasan:
“Yang nak cabut lari dari Sungai Buluh,,sudah kena berak ‼️ Kah Kah Kah
Catat Ulasan