SOKONG
TAK PERLU PRU
SEKARANG
AMIN
BAHAYA KOBID
AMIN
JANGAN LUPA
APA TERJADI
LEPAS PRU SABAH
AMIN
PRU15 hanya diadakan
selepas Covid-19 reda,
kata Bersatu
BERSATU berpendirian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya wajar diadakan apabila perkembangan pandemik Covid-19 berada pada tahap yang lebih baik dan terkawal.
Ketetapan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam tadi, yang dipengerusikan oleh perdana menteri yang juga presiden parti Muhyiddin Yassin.
Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan berhubung mesyuarat MPT itu berkata agenda utama Bersatu kini adalah menumpukan segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara.
“Bersatu komited untuk terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam menghadapi penularan wabak Covid-19 dan bencana banjir ketika ini.
“Tindakan beberapa pihak yang terus menerus melakukan percaturan politik dalam keadaan rakyat sedang melalui dugaan besar adalah sesuatu yang tidak tepat pada masanya,” katanya.
Wan Saiful berkata selain itu, Bersatu bertekad untuk terus mempertahankan kerjasama politik yang dipersetujui bersama parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ke arah penyatuan ummah dan perpaduan rakyat.
Malahan ia akan diteruskan dengan adil dan saksama bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang terdiri daripada semua lapisan agama, bangsa dan budaya.
“Dalam konteks PN, Bersatu akan terus memperkukuhkan kerjasama politik bersama parti-parti anggota Perikatan Nasional yang lain iaitu PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP),” katanya.
Wan Saiful berkata Bersatu juga menyeru supaya semua pihak menunjukkan keikhlasan dan menzahirkan kesungguhan melalui disiplin organisasi yang tinggi bagi memastikan kerjasama politik yang diwujudkan melalui PN dapat terus dihormati dan dipelihara.
“Bersatu memutuskan untuk memberi fokus terhadap pembinaan kekuatan parti melalui amalan politik khidmat dan politik prihatin, serta mengarahkan seluruh jentera untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.
Selain itu, mesyuarat juga bersetuju menganjurkan siri Jelajah Bersatu 2021 dalam masa terdekat untuk memberi penerangan berkenaan isu semasa. – Bernama, 7 Januari, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan