INI SEBAHAGIAN
DARI STRATIJI
PROJEK
CHINA MERAH
AMIN
Projek HSR
tidak penting –
Dr Mahathir
PUTRAJAYA – Dr Mahathir Mohamad menyifatkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura bukan projek yang penting kerana kos yang terpaksa dikeluarkan melebihi penjimatan tempoh masa.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, projek yang diilhamkan Najib itu boleh ditangguhkan antara 10 hingga 20 tahun lagi.
“Kita boleh tunggu 10, 20 tahun lagi kerana sistem ini kena pergi jauh (jaraknya) baru kita dapat menjimatkan masa.
“Ini cuma 230 kilometer saja. Paling banyak boleh dijimatkan adalah kira-kira 15 minit.
“Untuk tempoh 15 minit anda perlu membayar lebih banyak lagi. Yang paling teruk, kos untuk membina HSR adalah kira-kira RM80 bilion, kita tidak dapat balik duit itu,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), hari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Januari lalu menerusi kenyataan media bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memaklumkan projek HSR telah ditamatkan memandangkan kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia selepas tempoh penangguhan perjanjian projek itu berakhir pada 31 Disember lalu.
Projek usaha sama antara Malaysia-singapura itu dicadangkan semasa pentadbiran Najib pada September 2010.
Untuk rekod, pembinaan projek HSR pernah dua kali ditangguhkan sejak perjanjian dua hala Malaysia dan Singapura dimeterai pada Disember 2016.
Penangguhan kali pertama sehingga Mei lalu menyaksikan Malaysia membayar kos penangguhan sebanyak RM45 juta kepada republik berkenaan.
Kos keseluruhan projek HSR untuk laluan sejauh 350 kilometer dianggarkan menelan belanja RM110 bilion. –
1 ulasan:
Tapi projek in akan lebib penting jika anak jadi PM...KAKAKAKAKAKAKAKA
Catat Ulasan