Sabtu, 2 Januari 2021

GADUH BESAR SUDAH TERBUKA

 


GADUH BESAR

SUDAH MULA

AMIN

BESATU SEDANG

KENA TIBAI

AMIN

APA AKAN JADI?

JENG JENG JENG




Bersatu tidak perlu tanding di Pahang, kata Wan Rosdy

BERSATU tidak perlu bertanding di Pahang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana parti itu langsung tiada satu kerusi pun di negeri itu baik di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Pandangan itu adalah pendirian Umno Pahang, katanya yang juga menteri besar Pahang.

“Saya fikir Bersatu oleh sebab tidak ada kerusi di Pahang, jadi mereka tidak perlu bertanding di Pahang,” katanya, dalam satu rakaman video selepas merasmikan mesyuarat kelompok tiga sayap Umno Bahagian Cameron Highlands, hari ini.

Wan Rosdy ialah ketua Umno Bahagian Cameron Highlands.

“Elok (Bersatu) pergi ke tempat lain atau mana-mana tempat yang mereka ada kerusi. Itu pendirian Umno Pahang,” tambahnya.

Pahang satu daripada dua negeri yang kekal di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan Umno selepas PRU14, selain Perlis ketika semua negeri lain jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU pada Mei 2018.

BN mempunyai 26 kerusi di DUN Pahang, dengan Umno menguasai 25 kerusi dan MCA satu kerusi. Pakatan Harapan pula mempunyai sembilan kerusi, dengan tujuh daripadanya PKR dan DAP dua.

PAS yang kini bergabung dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) mempunyai lapan kerusi.

Di peringkat Parlimen pula, BN menang sembilan kerusi sementara PKR lima. Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah bagaimanapun keluar PKR semasa percaturan politik pada hujung Februari dan kini menyertai Bersatu.

Pada PRU14, Bersatu kalah di semua enam kerusi Parlimen dan sembilan kerusi negeri yang ditandinginya di Pahang. – 2 Januari, 2021.

MUHYIDIN MAKIN

PARAH

AMIN

BERSATU MAKIN

TERDESAK

AMIN

APA JALAN KELUAR

AMIN

PASTI ADA JALAN

KELUAR

KAH KAH KAH

DALAM POLITIK

SEMUA MUNGKIN

AMIN



Tiada ulasan: