Isnin, 4 Januari 2021

MUHYIDIN KENA TIBAI LAGI

 


KAH KAH KAH

AHMAD SAID

BALAS DENDAM

KAH KAH KAH

Umno Terengganu 

tidak bersama Bersatu,

 PAS dalam PRU15, 

kata Ahmad Said

UMNO Terengganu tidak berganjak dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang malah tidak juga akan berpakat dengan PAS, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Ahmad Said.

Katanya, Umno Terengganu akan menurunkan calon bertanding di semua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi negeri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Umno juga akan merampas semula kerusi Parlimen Hulu Terengganu daripada Bersatu pada PRU15 kerana kerusi itu sebelum ini merupakan kerusi tradisi milik Umno.

“Kita mahu ambil semula kerusi yang telah ‘lompat’ dan siapa yang mahu bertanding di situ perlu lawan dengan kita,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian,  berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman, hari ini.

Menurut Ahmad, Umno Terengganu menolak kerjasama dengan PAS, malah berkata Muafakat Nasional (MN) tidak wujud di negeri itu.

Katanya, kerajaan negeri pimpinan PAS tidak berlaku adil kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN), seperti yang berlaku dalam pengagihan peruntukan untuk menangani Covid-19 yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan.

“Di Perlis dan Pahang, peruntukan itu diagihkan sama rata, tetapi di Terengganu tidak berlaku kerana tiada perbincangan berhubung agihan itu,” katanya.

Pada Mac 2019, Umno pernah mencadangkan pembentukan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir oleh parti itu dan PAS, iaitu di Perlis, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Idea yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa merundingkan kerjasama antara Umno dan PAS itu bagaimanapun tidak pernah terlaksana.

Umno Terengganu sebelum ini beberapa kali pernah menyuarakan pendirian sama akan bertanding di semua kerusi di negeri itu, termasuk melawan PAS.

PAS Terengganu juga pada Julai tahun lalu pernah mengumumkan akan bertanding di enam kerusi Parlimen yang disandangnya sekarang, kecuali Besut dan Hulu Terengganu. – 3 Januari, 2021.

APA AKAN

JADI PADA MUHYIDIN

BILA GEROMBOLAN

SEMUA KELUAR

KAH KAH KAH

RABU INI

GEROMBOLAN

AKAN BUAT

 KEPUTUSAN

KAH KAH KAH

KERAJAAN JATUH?

JENG JENG JENG




Tiada ulasan: