NAJIB
NAK LAWAT BANJIR
KAH KAH KAH
KEMUDIAN JATUH
TERKELICIK
KAH KAH KAH
DAPAT SIMPATI
KAH KAH KAH
MASUK HOSPITAL
KAH KAH KAH
DAPAT LAGI SIMPATI
KAH KAH KAH
Hakim tolak
permohonan Najib
lawat mangsa banjir
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib Razak agar kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dibatalkan pada Rabu agar ahli Parlimen Pekan itu dapat melawat mangsa banjir.
Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata beliau sudah memenuhi permintaan Najib sebaik mungkin sepanjang perbicaraan Najib, tetapi tidak akan membenarkan permohonan terbaharu ini.
“Permohonan anda ditolak ... perbicaraan akan berjalan seperti biasa,” katanya kepada mahkamah selepas peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah membuat permohonan itu.
Ketika mengemukakan permohonan mengosongkan kes pada Rabu, Shafee berkata bekas perdana menteri itu ingin melawat mangsa banjir di negeri pantai timur.
“Negeri di pantai timur dilanda banjir. Paras air naik ke tahap berbahaya. Anak guam saya tidak pergi minggu lalu kerana keadaannya tidak begitu buruk, tetapi sekarang menjadi sangat teruk.
“Jika beliau tidak pergi, itu akan memberi gambaran buruk kepadanya,” katanya kepada hakim.
Selepas penangguhan selama empat bulan, perbicaraan rasuah Najib disambung di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pagi ini.
Najib, 67, didakwa dengan empat pertuduhan salah guna kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion dari dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah akan diteruskan dengan saksi pendakwaan ke-10, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman, yang akan disoa balas oleh Shafee, yang mengetuai pasukan pembelaan.
Hazem, 47, mula memberi keterangan pada 14 September 2020.
Mahkamah menetapkan 4-7 Januari, 25-27 Januari; 2-4 Februari, 8-11 Februari, 15-18 Februari; 5-8 April, 19-22 April, 26-28 April; 3-6 Mei, 17-20 Mei, 24-27 Mei; 1-3 Jun, 8-10 Jun, 21-24 Jun, 28-30 Jun; dan 5-8 Julai bagi pendengaran kes . – 5 Januari, 2021.
2 ulasan:
BOSSKU NAK BALIK KAWASAN DAN AKAN TOLAK AIR BANJIR DARI PEKAN SUPAYA RAKYAT DI PEKAN AKAN HIDUP DENGAN AMAN DAN SENTOSA. MACAM2 CARA BOSSKU BOLEH BUAT NAK TOLAK BANJIR, GALI LUBANG, GALI PARIT, BINA BENTENG, ATAU PUN BAWA SCORPENE BOLEH SIAR2 SAMBIL SUAMI BOSS KU BOLEH MAIN AIR. TAK KAN TU PUN TUAN HAKIM TAK FAHAM2.
Haram jadah punya bosskurrr...
Masa jadi PM, rakyat tenggelam banjir, engkau enak main golf dengan Obama di Amerika.
Udah jadi banduan, sebuk pula nak melawat mangsa banjir. Kuat auta bosskurr ini...
Catat Ulasan