Isnin, 11 Januari 2021

PKP SEKALI LAGI

 


PKP


SEKALI


LAGI

Muhyiddin umum 

PKP bermula Rabu,

 larangan rentas negeri

 seluruh negara


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa semula bermula Rabu selama 14 hari di tiga zon berbeza di seluruh negara mengikut kadar jangkitan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga mengumumkan larangan pergerakan rentas negeri seluruh Malaysia dan sekatan jalan raya akan bermula jam 12.01 pada Rabu.

Katanya, PKP yang ketat dikuatkuasa di enam negeri yang mencatat kes Covid-19 paling tinggi di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor dan Sabah.

Di negeri ini, pergerakan hanya terhad dalam jarak 10 kilometer sahaja untuk membeli barang keperluan dan pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

“Hanya dua anggota isi rumah rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama,” katanya yang menambah kompaun RM1,000 dikenakan jika larangan ini dilanggar.

Segala aktiviti sosial juga tidak dibenarkan di negeri terbabit, katanya dalam pengumuman secara langsung petang ini.

“Aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri  kahwin,  persidangan,  perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan  sukan  berkumpulan adalah tidak dibenarkan sama  sekali.”

Tambahnya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula dimulakan di enam lagi negeri – Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan untuk tempoh sama.

Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan bagi negeri terbabit namun pergerakan rentas daerah dibenarkan.

Tambahnya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula dikuatkuasa di Perlis dan Sarawak, yang kini mencatat jumlah jangkitan kes paling kecil.

“(Keputusan dibuat) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pelbagai kementerian dan agensi serta nasihat pakar kesihatan  awam di dalam negara.” – 11 Januari, 2021. 



AWAS

KITA

JAGA

KITA

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa jadi PAU Umno hujung bln ni... Hahahaha jadi kueh PAU je la