YB KEPONG NI
BODOH KE APA?
AMIN
INI MALAYSIA
NEGARA DUNIA KE3
AMIN
MENTERI ADA
KUASA
AMIN
BOLEH BUAT
APA SAJA
KHALAS
Kenapa Annuar belum kena tindakan langgar SOP, soal ahli Parlimen Kepong
KENAPA tiada tindakan diambil terhadap Menteri Wilayah Persektuan Annuar Musa selepas jelas dilihat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), soal Lim Lip Eng.
Dalam satu kenyataan, ahli Parlimen Kepong itu bertanya sama ada Pejabat Peguam Negara telah mengarahkan polis untuk menutup kes itu.
“Tujuh hari berlalu tetapi tiada tindakan diambil. Adakah tiada arahan untuk tindakan lanjut?
“Terdapat bukti yang cukup diberikan kepada polis. Ia melibatkan semua orang yang berada di meja termasuk menteri itu sendiri.
“Tidak perlu beri kenyataan jika akhirnya mereka yang mempunyai kedudukan akan terlepas,” katanya.
Minggu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin berkata polis akan memanggil Annuar sebagai sebahagian siasatan kerana didakwa melanggar peraturan PKP.
“Kita akan memanggil beliau untuk mengambil keterangan dan menyiapkan siasatan,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Annuar dituduh melanggar peraturan PKP kerana makan semeja bersama enam orang lain sedangkan SOP jelas menyatakan hanya dua orang dibenarkan makan semeja.
Annuar bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mengatakan beliau berada di meja tersebut untuk tempoh yang singkat.
Ini bukan kali pertama Annuar dituduh melanggar SOP.
Bulan lalu, Annuar didakwa melanggar SOP apabila gambarnya tidak memakai pelitup muka ketika berjalan bersama dua individu lain tersebar.
Annuar berkata beliau bertemu dua rakannya secara tidak sengaja selepas bersenam. – 21 Februari, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan