Jumaat, 26 Februari 2021

AMAT BAIK AMAT CUN

 



 AMAT BAIK

AMAT CUN

AMIN

BILA MUSUH

BERGADUH

KITA REHAT

KAH KAH KAH

 BUBUH MINYAK

KAH KAH KAH

KASI GADUH

LAGI LAMA

KAH KAH KAH



Umno sudah tolak Bersatu dan Perikatan, kata Puad Zarkashi

UMNO tetap dengan pendirian tidak akan bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum akan datang, kata Ahli Majlis Tertinggi Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya, perkara itu bukan rahsia lagi selepas 118 daripada 190 bahagian Umno dalam mesyuarat mereka pada awal Januari meluluskan usul untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Sebelum itu, 147 ketua bahagian Umno dalam satu kaji selidik dalaman Umno menyatakan pendirian yang sama.

“Pada saya ia jadi rahsia terbuka. Bila ada keputusan 118 dari 147 (bahagian meluluskan usul tolak Bersatu) maksudnya putus hubungan.

“Patutnya Muhyiddin Yassin faham-fahamlah bahawa sebenarnya sudah ada keputusan. Pada saya pendirian Umno sudah jelas,” katanya dalam wawancara dengan The Malaysian Insight.

Beliau mengingatkan Majlis Kerja Tertinggi Umno sudah menyerahkan hal itu untuk dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung Umno, yang kini akan diadakan pada 27 dan 28 Mac ini.

“MT Umno putuskan sebelum ini akan putuskan dalam perhimpunan agung Umno… sebab ada 118 usul, jadi oleh kerana ia usul bahagian, sewajarnya ia usul yang dibahaskan semasa ucapan presiden.

“Tapi kerana darurat, perhimpunan agung Umno terpaksa ditangguh,” katanya.

Perhimpunan bagi tahun 2020 itu tertangguh sejak November tahun lalu. Ia sepatutnya diadakan pada 31 Januari lepas namun tertangguh lagi apabila kerajaan melaksanakan sekali lagi perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk mencegah penularan Covid-19.

Kenapa Umno tolak Bersatu?

Sementara itu, Puad berkata antara perkara yang menyebabkan Umno kecewa dengan Bersatu ialah apabila ketua kampung yang dilantik oleh PN tidak mahu memberikan kerjasama dengan pemimpin Umno di akar umbi.

Menurut Puad, Umno tidak semestinya bersendirian dalam pilihan raya akan datang sekiranya ia tidak bersama dengan Bersatu dan PN.

Katanya, banyak pihak juga tersalah baca apabila menganggap Umno akan kalah jika bersendirian.

“Ramai salah faham menuduh Umno ini bila tak kerjasama dengan PN seolah Umno akan bertanding solo, bersendirian… tak semestinya begitu.

“Kita tak boleh ‘rigid’ macam itu sebab soal kawan politik kita boleh kawan dengan siapa saja. Yang penting pada saya, cari kawan politik yang lebih jujur.

“Tak semestinya Umno akan bertanding solo. Umno boleh bekerjasama dengan PAS, GPS  di Sarawak atau beberapa parti politik di Sabah,” katanya.

Bagaimanapun bekas ahli Parlimen Batu Pahat itu mengakui tidak semua anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno yang senada dengan keputusan memutuskan kerjasama bersama Bersatu pada PRU15.

“Ada setengah pihak mahu Umno kerjasama dengan PN. Ada orang Umno sendiri terutama yang ada jawatan menteri atau sebagainya.

“Hujah mereka Umno boleh menang ke kalau bertanding solo… pada saya jangan apologetik… dan sebenarnya apa pun boleh berlaku,” katanya.

Antara pemimpin yang lantang mempersoalkan keputusan Umno itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa.

Selepas beliau digugurkan jawatannya sebagai setiausaha agung Barisan Nasional, Annuar mendakwa presiden parti Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat konspirasi dengan pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan DAP untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam.

“Pada saya Annuar adalah orang yang tidak mahu Umno putus hubungan dengan PN. Kita faham sebab beliau anggota jemaah menteri dalam kerajaan,” katanya.

Tambah Puad, dakwaan Annuar kononnya Umno akan mati jika tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu langsung tidak masuk akal.

“Saya tegaskan bahawa Umno pernah diharamkan, pernah pecah dua pernah hilang kuasa pada PRU14 tapi adakah Umno luput mati.

“Tidak ada  sebab Umno ada akar umbi. Umno seperti PAS parti yang lahir dari akar umbi kerana perjuangan bukan lahir  kerana tak puas hati.

“Umno tak akan jadi parti luput. Umno akan luput kalau terus bersama PN yang tidak ada kejujuran politik dan tikam belakang, maksudnya kalau kita biarkan diri kita ditikam belakang, itu namanya pondan politik,” katanya.

Puad yang juga timbalan menteri berkata usul dari 118 bahagian yang mahu memutuskan kerjasama dengan Bersatu mewakili lebih dari separuh bahagian parti itu.

“Dalam sistem demokrasi kita kena terima majoriti, majoriti ini bukan kecil tapi besar,” katanya.

Mengenai kerusi yang akan ditandingi, Puad berkata Umno akan mengikuti keputusan yang sama seperti yang dibuat oleh Selangor dan Perak yang akan bertanding di semua kerusi dimenangi termasuk kerusi dari pemimpinnya yang lompat ke Bersatu.

“Kita elak pertandingan libatkan PAS. Kita yakin formula utk elakkan tiga penjuru atau empat penjuru masih terbuka luas.

“Sebab itu apa berlaku di Sabah kita ada pengalaman kita nak mengelak tapi orang buat letak calon bebas, calon tajaan buat kita kalah dan sebab itu kita tak akan percaya (Bersatu) lagi,” katanya.– 26 Februari, 2021.

 GEROMBOLAN

AKAN BERKAWAN

DENGAN SAPA?

KAH KAH KAH

MUSTAHIL LU

TAK TAHU

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: