Khamis, 4 Februari 2021

AMERIKA ADA BLACK LIVES MATTER

 


AMERIKA ADA

BLACK LIVES 

MATTER

AMIN

MANA PEJUANG

TAK TUBUH

HUMAN LIVES 

MATTER

AMIN




Kematian anak dalam tahanan, keluarga bingung

 Sebuah keluarga di utara tanahair bingung apabila pihak berkuasa masih gagal untuk memaklumkan punca kematian anak mereka ketika ditahan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, Kedah.

Ibu arwah Mohd Afis Ahmad, Asnah Ahmad berkata, pihak berkuasa tidak memberitahu mengenai kematian anaknya itu sehingga hari ini.

“Saya sebagai ibu rasa terkilan sebab yang mati itu anak bongsu saya, kami cuma ada anak tiga orang sahaja, dua perempuan dan seorang lelaki.

“Saya sangat sedih dengan apa yang terjadi kepada anak bongsu saya, saya minta keadilan daripada kejadian ini dan minta pihak polis siasat betul-betul mengenai kes anak saya ini, saya tidak boleh kata apa dah,” katanya kepada media pada sidang media maya yang diadakan oleh Eliminating Deaths and Abuse in Custody (Edict), hari ini.

Mangsa, Mohd Afis berusia dalam lingkungan lewat 30an meninggal dunia di dalam lokap polis antara 27 Januari dan 28 Januari lalu.

Allahyarham didakwa ditahan tanpa dimaklumkan kepada anggota keluarga dan telah dibawa oleh sepasukan enam anggota polis berpakaian preman ke kediamannya untuk menggeledah pada 27 Januari 2021 dalam keadaan berlumuran darah di kepala.

Dakwa bapa arwah, Ahmad Daud, Mohd Afis dibawa balik ke rumah dengan kepalanya penuh darah untuk proses penggeledahan.

“Dia bukan seorang yang pendiam, dia suka tolong orang. Menurut abang iparnya, ada darah keluar daripada telinga mangsa dan mereka sempat membersihkannya. Proses penggeledahan rumah kami berlangsung selama 30 minit,” kata Ahmad.

Menurut keluarga mangsa, Mohd Afis ditahan pada 27 Januari lalu di Gurun dan dibawa ke rumah ibubapa untuk tujuan penggeledahan.

Jelas Asnah, pihak polis tidak diberitahu mengapa anaknnya ditahan dan hanya menunggu panggilan daripada pihak mereka.

Keesokkannya, Ahmad mendapat panggilan telefon daripada pegawai polis yang memberitahu anaknya telah meninggal dunia di dalam tahanan.

Abang ipar Mohd Afis, Shamsul Jamaludin yang juga menyertai sidang media itu menambah bahawa polis tidak pernah mendedahkan alasan mengenai penangkapan Mohd Afis walaupun dia dibawa ke rumahnya untuk diperiksa.

“Ibu saya (mertua) bertanya di mana dia (Mohd Afis) dibawa dan mengapa, polis mengatakan dia akan dibawa ke Alor Setar dan memintanya untuk menunggu panggilan dari polis,” tambah.

Menurut pengerusi Edict, M. Visvanathan, doktor yang melakukan bedah siasat mayat Mohd Afis mengesahkan bahawa punca kematian mangsa adalah akibat hentakan objek tumpul di kepala.

“Pengesahan doktor mengeai punca kematian telah disahkan sebagai blunt force trauma to the head (pukulan objek tumpul di kepala). (Mohd) Afiz ditahan tanpa dimaklumkan kepada keluarga,” katanya. – MalaysiaGazette


BUKAN HANYA

BLACK LIVES

MATTER

ATAU

MALAY LIVES 

MATTER

AMIN

ATAU

INDIAN LIVES

MATTER

ATAU

CHINESE LIVES

MATTER

AMIN

TAPI

ALL LIVES MATTER

KHALAS



1 ulasan:

ToraTora berkata...

aku nak tunggu berita, tokan dadah, tokey lendir, tokey judi haram, mat macau scam kena kelepuk dalam rumah pasung.... ada ke