Sabtu, 27 Februari 2021

BERITA PERTAMA VAKSIN

 


BERITA

PENCERAHAN 

MACAM INI

 YANG MAHU

KITA DENGAR

AMIN 

BUKAN BERITA

SAYA SUDAH

 DI SUNTIK

AMIN


Covid-19 boleh tular

 walaupun selepas 

vaksinasi, 

kata ahli virologi
PENULARAN Covid-19 masih boleh terjadi walaupun selepas vaksinasi, kata Ketua Pusat Penyelidikan Virus dan Vaksin di Universiti Sunway, Profesor Poh Chit Laa.

Poh berkata ia bergantung pada beban virus (viral load) yang terdapat pada orang yang dijangkiti.

“Sekiranya vaksin berkesan, seseorang dijangka mempunyai viral load yang sangat rendah. Sekiranya penularan berlaku, ia mungkin tidak tinggi kerana sangat sedikit virus yang masih ada pada individu dijangkiti untuk ditularkan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Ia mengambil masa kira-kira empat minggu selepas suntikan pertama untuk tubuh hasilkan imuniti dengan menghasilkan antibodi peneutralan dan sel T sitotoksik, katanya.

“Selepas ambil vaksinasi dos kedua, orang itu masih perlu menjalani prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 kerana tiada vaksin mempunyai keberkesanan 100%.

“Vaksin akan kurangkan viral load dalam tubuh kamu, tetapi masih boleh sebarkan virus itu kepada orang lain,” katanya.

“Kebebasan bergerak mungkin boleh setelah imuniti kelompok di negara ini dapat mencapai sekurang-kurangnya 80%,” tambahnya.

Beliau turut berkata mungkin pengeluar vaksin perlu menghasilkan vaksin yang dapat melawan varian virus lebih baharu.

Poh kini bekerjasama dengan penyelidik dari Universiti Cambridge di United Kingdom dan Universiti Queensland, Australia untuk mengembangkan peptida sintetik dan nanovaksin terhadap denggi dan SARSCo-V-2.

Kini penyelidikannya tertumpu pada pengembangan agen antivirus dan vaksin baharu terhadap Enterovirus 71 yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut, virus denggi, influenza dan SARSCo-V-2.

Lebih 500,000 barisan hadapan akan menerima vaksin pada fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula pada 24 Februari hingga April.

Fasa kedua bermula  April hingga Ogos akan menyasarkan warga emas dan golongan rentan dengan masalah komorbiditi selain orang kurang upaya.

Fasa ketiga dari Mei hingga Februari 2022 untuk semua orang yang berumur 18 tahun ke atas.

Kempen ini bertujuan untuk mengimunisasi 80% orang di Malaysia, termasuk warga asing. – 27 Februari, 2021

ORANG RAMAI

MAHU PENCERAHAN

BUKAN 

PAKSAAN

KHALAS



1 ulasan:

Jungle man berkata...

Apo punyo gilo ni kes tongah banyak nak bukak sekolah pulak tak boleh tunggu duo tigo bulan lagi ko