HENDAK KEMANA
DAUN YANG
AMAT RAMAI
KAH KAH KAH
NAK HANTAR
KE
SERAMBAI MEKAH
KAH KAH KAH
Lelaki ditahan pandu lori dengan muatan 4.5 tan daun ketum
SEORANG lelaki yang memandu sebuah lori dengan muatan sebanyak 4,500 kilogram daun ketum yang dianggar bernilai RM45,000 ditahan dalam sekatan jalan raya di Simpang Tiga Jerai, Kupang awal pagi tadi.
Ketua Polis Kedah Hasanuddin Hassan berkata lelaki warga tempatan berumur 39 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar daun ketum berkenaan ke Kelantan selepas mendapatkan bekalan di Sik.
“Suspek yang memandu bersendirian ditahan di sekatan jalan raya tersebut pada pukul 1 pagi. Hasil pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan tersebut, polis menemukan 450 bungkusan plastik hitam dan ungu mengandungi daun ketum.
“Hasil siasatan, lori berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan suspek mengakui menerima upah sebanyak RM800 daripada pihak lain bagi setiap perjalanan untuk menghantar daun ketum dari negeri ini ke Kelantan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Hasanuddin berkata suspek yang sebelum ini pernah dikenakan hukuman denda sebanyak RM5,000 bagi kesalahan sama pada Disember lepas, didapati memiliki kebenaran rentas negeri bagi urusan perniagaan, namun menyalahgunakannya untuk tujuan tersebut.
Katanya, suspek direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 selain Peraturan 4, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan.
2 ulasan:
TT, masa darurat ni boleh pinda undang undang tanpa kelulusan parlimen kan, pindalah undang undang supaya ketum dihalalkan untuk ekspot, tak lah membazir, rakyat boleh tambah pendapatan dan kerejaan dapat kutip hasil kan gitu????
Standardla Manager jual kereta otak bangkong...
Catat Ulasan