MALAM NI
SAPA TAK LENA
TIDO
KAH KAH KAH
AMBIK 3 JUTA $$
BAYAR GANTI
15 JUTA $$
KAH KAH KAH
BISNES TAK
BERBALOI
KAH KAH KAH
Isa Samad dihukum penjara 6 tahun, denda RM15.45 juta
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 54 tahun dan denda RM15.45 juta terhadap bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad selepas mendapati beliau bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.
Bagaimanapun, Isa, 71, hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun setelah Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dijatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dihadapinya dan mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Hukuman penjara dan denda itu bagaimanapun ditangguhkan selepas mahkamah membenarkan permohonan penangguhan oleh Isa sementara rayuannya diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Hakim ketika membuat keputusan itu berkata hukuman dijatuhkan adalah bagi memberi peluang kepada pesalah melakukan pemulihan dan juga pengajaran untuk tertuduh dan orang lain supaya tidak melakukan kesalahan serupa.
“Mahkamah mengambil maklum latar belakang tertuduh dan rekod pentadbiran serta penglibatannya dalam politik negara di mana tertuduh telah berkhidmat sebagai menteri besar selama dua dekad dan juga sebagai menteri.
“Kesalahan berkaitan rasuah adalah serius yang mengugat ekonomi negara dan merupakan barah yang menjejaskan sistem demokrasi negara.
“Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dihadapi tertuduh dan memerintahkan hukuman berjalan serentak.
“Mahkamah juga mengenakan denda lima kali jumlah suapan bagi setiap pertuduhan yang kesemuanya berjumlah RM15.45 juta dan sekiranya gagal membayar denda dikenakan penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan,” kata hakim.
Hakim itu berkata mahkamah berpuas hati bahawa Mohd Isa berjaya mewujudkan keadaan istimewa bagi mahkamah membenarkan permohonan itu.
“Mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta iaitu tertuduh perlu membayar RM700,000 sehingga pukul 2.00 petang esok.
“Tertuduh juga perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 haribulan sehingga rayuan selesai,” kata hakim itu.
Terdahulu peguam Salehuddin Saidin yang mewakili Mohd Isa berkata sekiranya pelaksanaan hukuman itu berkuatkuasa hari ini anak guamnya akan ditahan di penjara sementara rayuan.
“Oleh itu rayuan anak guam saya akan jadi sia-sia (sekiranya rayuan dibenarkan),” katanya. – 3 Februari, 2021.
1 ulasan:
Purata jangka hayat Malaysia 76 tahun ..Haji Isa 71 tahun kono pasong 6 tahun dgn dondo RM15.4 juta ..kok tak bayar dondo kono 18 tahun. Macamano tu ..kalau ikut statistik, bayar dondo ko tidak Tuan Haji ni punyo KOBARANGKALIANG yang signifikan akan kiok dalam JAIL. Den nasihatkan Tuan Haji ambik 1500 dari 15.4 juta tu poey moli teket ko syurgo.
Catat Ulasan