LU PERGI DULU
JANGAN
TOLAK TOLAK
KAH KAH KAH
Sejuta orang sudah
daftar untuk
terima vaksin,
kata menteri
SERAMAI satu juta rakyat Malaysia sudahpun mendaftar untuk menerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera setakat ini, kata enteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaludin.
Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 juga menyeru agar lebih ramai lagi mendaftar untuk pelalian.
“Satu juta orang sudah mendaftar untuk vaksin Covid-19 di MySejahtera. Lebih ramai petugas baris depan menerima suntikan.
“Ia selamat, berkesan. Mari kita tamatkan pandemik. Ambil vaksin, daftar hari ini,” katanya dalam kenyataan di Twitter.
Lebih 500,000 petugas baris depan akan menerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula pada 24 Februari hingga April.
Fasa kedua dari April hingga Ogos mensasarkan warga emas dan golongan rentan seperti pesakit dengan masalah komorbiditi dan kurang upaya.
Fasa ketiga dari Mei hingga Februrari 2022 untuk semua yang berusia 18 tahun ke atas.
Kempen imunisasi itu mensasarkan liputan 80% rakyat Malaysia, termasuk warga asing.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjadi penerima paling awal yang menerima suntikan pelalian Covid-19. – 26 Februari, 2021.
2 ulasan:
nak cocok kena daftar dulu.. baru boleh cocok. cocok lobang lagi mudah dan sedap
TT, untuk big mama cukup ke 1 dos vaksin covid 19?
Catat Ulasan