KETIKA SEMUA
SOKONG PAKATAN
ANWAR LAWAN
MADEY
AMIN
HASILNYA
PAKATAN RUNTUH
AMIN
Anwar bawa kes cabar
kuasa PM
ke Mahkamah
Persekutuan
ANWAR Ibrahim mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan beberapa isu perundangan mengenai kuasa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen, kata peguamnya Ramkarpal Singh.
Menurut Ramkarpal, beliau diarahkan oleh Anwar untuk memfailkan permohonan merujuk persoalan perundangan itu ke Mahkamah Persekutuan, kerana ia melibatkan isu Perlembagaan Persekutuan.
“Saya berpandangan persoalan yang dibangkitkan itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
“Memandangkan perkara itu mustahak, terutamanya kerana Parlimen kini digantung, saya juga memfailkan sijil kesegeraan untuk perkara itu didengar secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara persoalan yang dikemukakan oleh Anwar ialah sama ada nasihat Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen tertakluk kepada pengecualian dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga mahu kepastian undang-undang sama ada nasihat itu boleh disemak oleh mahkamah.
Di bawah Perkara 150(8), keputusan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat adalah “muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan”.
Perlembagaan Persekutuan juga tidak memberi mahkamah bidang kuasa untuk melayan atau menentukan persoalan atau tindakan yang mempersoalkan keabsahan pengisytiharan darurat serta ordinan yang dimasyhurkan di bawah perintah darurat itu.
Yang di-Pertuan Agong pada 14 Januari lalu memasyhurkan warta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, yang antara lain menggantung Parlimen.
Anwar juga mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada beberapa peruntukan undang-undang termasuk Perkara 150(6) dan 150(8) bertentangan atau tidak dengan jaminan kebebasan dan kesamarataan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Anwar juga mempersoalkan sama ada undang-undang boleh digubal untuk mengetepikan kuasa sedia ada mahkamah.
Pada 25 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi semakan kehakiman mencabar kuasa Muhyiddin untuk menasihati Agong supaya menggantung Parlimen.
Sehari kemudian, tiga wakil rakyat negeri dari Pakatan Harapan juga mengemukakan tindakan sama mempersoalkan nasihat Muhyiddin kepada Agong untuk turut menggantung dewan undangan negeri.
Bekas ahli Amanah Khairuddin Abu Hassan juga memfailkan satu tindakan mahkamah berasingan membangkitkan persoalan undang-undang yang sama.
Semua tindakan mahkamah itu mempertikaikan kuasa yang ada pada Muhyiddin sebagai perdana menteri untuk menasihati Agong, ketika beliau dipercayai sudah hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat terutama selepas dua ahli parlimen Umno menarik sokongan mereka. – 8 Februari, 2021.
2 ulasan:
Gila ade seribu mcm gila.Gila Abam nak jadi PM memang xblh d pulih lg..Gila Babi..
TT, gwa bikin ramai sudah bosan dan marah dengan telatah Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan yang masih BUTA dan PEKAK kepada penderitaan rakyat. Sampai hari ini masih gila agenda lantik Anwar sebagai perdana menteri. Tak faham ke mamat-mamat ini kalau nak dapat sokong rakyat, mesti bantu selesai masalah rakyat dahulu, bukan tiap hari cuba merebut kuasa.
Biar aku, rakyat biasa, bagi satu soalan ujian kepada "bakal perdana menteri" dan Pakatan Harapan ... kalau Anwar jadi perdana menteri, apakah rancangan dan peta jalan untuk rakyat dapat suntikan vaksin kobid dalam masa tersingkat? Jangan komplain Muhiyideen, jangan komplain kerajaan PN, jangan komplain Mahathir, jangan tulis buku ya. Bentangkan pelan yang Anwar Ibrahim punya. Kita sedang menunggu.
Catat Ulasan