Jumaat, 12 Mac 2021

AWAS - BERHATI HATI

 


DI MALAYSIA

MACAM MANA?

AMIN

ADA APA APA

BERITA

AMIN

ATAU INI 

DIANGGAP 

TAK PENTING

 AMIN


Thailand tangguh guna vaksin AstraZeneca

THAILAND mengumumkan untuk menangguhkan vaksinasi menggunakan vaksin Covid-19 AstraZeneca, ketika Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dan beberapa menteri Kabinet sudah bersiap sedia untuk menerima suntikan vaksin itu.

Penasihat jawatankuasa vaksin Covid-19 Thailand Piyasakol Sakolsatayadorn berkata penangguhan itu susulan beberapa negara Eropah termasuk Denmark, Norway dan Iceland menangguhkan penggunaan vaksin berkenaan.

“Beberapa negara menangguhkan penggunaan vaksin itu… Kami juga akan mengambil langkah sama sementara menunggu laporan,” katanya pada sidang media di Bangkok hari ini.

Seorang pakar virologi dari Universiti Chulalongkorn di Bangkok Prof Dr Yong Poovorawan berkata vaksin yang dihantar ke Thailand tidak termasuk dalam kumpulan vaksin yang menjadi kontroversi itu.

“Kumpulan vaksin itu dihasilkan di Eropah. Kami menggunakan vaksin buatan Asia. Penangguhan dibuat sementara menunggu pengesahan sama ada kesan itu daripada vaksin atau daripada vaksin dalam kumpulan itu,” kata Bangkok Post.

Thailand menerima kumpulan pertama 200,000 dos vaksin Sinovac Biotech China dan 117,000 lagi vaksin Oxford-AstraZeneca pada 24 Februari. 

Vaksinasi menggunakan Sinovac bermula pada 28 Februari, sementara vaksin Oxford-AstraZeneca masih menjalani proses jaminan kualiti dan suntikan dijadualkan hari ini.

Prayuth dan anggota kabinetnya sepatutnya dijadual disuntik hari ini di Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura di wilayah Nonthaburi. Ada yang akan menerima vaksin AstraZeneca atau Sinovac, namun kerajaan memutuskan untuk menangguhkannya. 

Thailand merancang memulakan kempen vaksinasi pada Jun dengan menggunakan 61 juta dos vaksin Oxford-AstraZeneca dihasilkan firma tempatan, Siam Bioscience Co Ltd.

Negara ini menyasarkan untuk menyuntik kira-kira 50 peratus penduduknya menjelang akhir tahun. – Bernama, 12 Mac, 2021. 

SAJE TANYA

JANGAN

MARAH

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: