Khamis, 18 Mac 2021

BARU SEKARANG SEDAR

 

 WOIT YB

BARU SEKARNG

YB SEDAR 

KAH KAH KAH

APA DIA

PUTAR ALAM

ANWAR IBRAHIM

AMIN

SAYANG TERLAMBAT

PAKATAN DAH

JATUH

AMIN


5 ahli Parlimen pembangkang kecewa Anwar bincang dengan Umno

EMPAT lagi ahli Parlimen pembangkang bersuara secara terbuka tidak bersetuju dengan langkah Presiden PKR Anwar Ibrahim berbincang dengan pemimpin Umno dengan kemungkinan untuk menjalin kerjasama politik.

Dalam satu kenyataan bersama, Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor), Darell Leiking (Penampang), Hannah Yeoh (Segambut) dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya) berkata bahawa Umno tidak mempunyai “pemikiran pembaharuan” yang sama.

Kenyataan itu turut disertai oleh Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar), yang juga mengeluarkan satu kenyataan bersama dengan empat ahli Parlimen pembangkang yang lain semalam.

“Mendapatkan semula Putrajaya melalui jalan pembinaan mahligai pasir yang besar dan cantik dipandang tetapi mudah hancur dihempas ombak adalah satu lagi tindakan sia-sia.

“Kami meneliti perkembangan terkini mengenai Ketua Pembangkang yang mengakui terdapatnya perbincangan awal dengan beberapa pimpinan Umno. Sebarang kerjasama yang mahu diusahakan mesti bermula dengan perkara yang paling asas iaitu mempunyai agenda perjuangan yang sama dan kesungguhan untuk melakukan reformasi.

“Kerjasama yang mahu dibina mesti mempunyai satu cita-cita luhur dan sistem nilai yang sama agar ianya dapat bertahan lebih lama. Kami percaya bukan sahaja kluster mahkamah, malah kepimpinan Umno hari ini yang dilihat tidak memiliki cita-cita luhur dan sistem nilai yang sama yang kita perlukan untuk membina semula negara ini,” kata mereka. 

“Kluster Mahkamah” merujuk kepada pemimpin Umno yang diadili kerana rasuah.

Mereka termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, setiausaha agung parti Ahmad Maslan dan bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam kes Najib yang masih berpengaruh, beliau disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara dalam perbicaraan SRC International serta telah mengemukakan rayuan.

Lima ahli Parlimen itu berkata sudah banyak masa dihabiskan untuk mempersoalkan mengenai bilangan ahli Parlimen dan isu siapa sepatutnya menjadi perdana menteri, merujuk kepada dakwaan Anwar pada September lalu bahawa beliau memiliki majoriti dalam kalangan ahli Parlimen.

“Selepas setahun pengkhianatan Langkah Sheraton yang menyakitkan, kami mahu terus bergerak ke hadapan. Kita tidak pernah kekurangan bakat di kalangan Ahli Parlimen Pembangkang.

“Kami mahu pimpinan pembangkang untuk terus fokus menawarkan polisi yang boleh memenangi hati dan keyakinan rakyat Malaysia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang,” kata mereka. 

Itu adalah kenyataan kali kedua dibuat oleh ahli Parlimen pembangkang mendesak Anwar untuk tidak meneruskan perbincangan dengan Umno.

Semalam Naib Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda Warisan Azis Jamman, Ketua DAP Johor Liew Chin Tong, pemimpin Muda Syed Saddiq Abdul Rahman dan Parti Bersatu Sarawak Baru Bian mendesak Anwar “untuk tidak bekerjasama dengan kleptokrat” dan memberi tumpuan untuk memperkuatkan pembangkang.

Anwar memberitahu Mingguan Malaysia dalam satu wawancara minggu lalu bahawa beliau mengadakan perbincangan dengan pemimpin Umno mengenai kemungkinan kerjasama untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau mengesahkan apa yang dikatakannya kepada akhbar Melayu dalam sidang media awal minggu ini tetapi menambah bahawa masih terlalu awal untuk membuat keputusan dan menyebut rundingan itu sebagai “perbincangan awal”. – 18 Mac, 2021.

 

DULU ANWAR

KELENTONG 

ADA NUMBO

KAH KAH KAH

KELENTONG

 AGUNG

SETUJU

KERAJAAN MINORITI

KAH KAH KAH

SEKARANG PARA

YANG BERHORMAT

BARU SEDAR

KAH KAH KAH

SORI BRO

DAH TERLAMBAT

KHALAS




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woot! 9 ahli Parlimen PH. Anwar masih ada majoriti? Guan Eng, kit Siang, Mat Sabu tetap rela ditipu Anwar?