KHALWAT KE 368
SABTU 20/3/2021
KITA MASUK KE HARI 368
BERKHALWAT
KITA MASUK KE HARI 368
BERKHALWAT
DARURAT
HARI KE 67
TETIBA
HEBOH TENTANG
KOREA UTARA
GUA TAK BACA
GUA DENGAR
MEMBER CERITA
GAWAT
BERTERUSAN
ANGKA SERANGAN KOBID
MENGENDUR
AMIN
PAGI INI GUA
MASUK HOKKIEN MATAHARI
DAH KELUAR
KUALA LUMPUR BERKABUS
HOKKIEN BERKABUS
LANGIT NAK KATA BIRU
TAK BIRU SANGAT
NAK KATA BERAWAN TIDAK PULA
ADA AWAN NIPIS
YANG MENJADIKAN
LANGIT TIDAK BIRU
JIKA PANAS TERIK
KABUS DISEDUT MATAHARI
AKAN HUJAN PETANG INI
AMIN
HA HA
JANTAN BERKOKOK
SUARA DEKAT
DALAM GAUNG TAPI
GUA TAK NAMPAK
LEBIH DARI 5 BUAH KERETA
DAH TERSADAI
MEREKA DATANG AWAL PAGI
SEMBAHYANG UNTUK IBU BAPAK
GUA TERCIUM
BAU COLOK TERBAKAR
DARI JAUH GUA NAMPAK
DUA TIGA KEPULAN ASAP
MACAM RED INDIAN
MEMBERI ISYARAT
KENDURI KUBUR
BARU NAK MULA
GUA AKAN TAHU
BILA MULA
BILA TAK TAK DAN EZI
TAKUT
KERANA BUNYI MERCUN
SEKARANG BELUM MELETUP
BARU RIAK RIAK
AMIN
BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
BRO
SAYANGI DIRI KITA
YANG LAIN
AKAN MENGIKUT
TAK MENGAPA
KITA HILANG SESEORANG
TAPI
JANGAN HILANG DIRI SENDIRI
BRO
LU DAN SEMUA ORANG
DALAM ALAM INI
MEMERLUKAN
KASIH SAYANG
CINTA PADA DIRI SENDIRI
BUKAN GILA
TAPI WAJIB
TUNDUKAN DIRI SENDIRI
ADALAH LEBIH BAIK
DARI MENUNDUKAN
SERIBU MUSUH
BRO
LU BERSUARA
BILA LU PIKIR
SUARA LU LEBIH
BERKHASIAT DARI
LU SENYAP
BRO
JANGAN PERCAYA
PADA KATA KATA
PERCAYA
PADA PERBUATAN
BUATLAH HARI INI
BUATLAH SEKARANG
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan