Isnin, 15 Mac 2021

BERSATU UMNO TERUS BERGADUH


 

GADUH

JANGAN TAK GADUH

JENG JENG JENG

KAH KAH KAH



Azmin ajak Umno runding kerusi Bersatu, lapor media

MOHAMED Azmin Ali mengajak Umno berunding dengan Perikatan Nasional (PN) kedudukan kerusi Parlimen yang asalnya dimenangi parti itu tetapi kini disandang oleh Bersatu, yang menjadi antara punca pertikaian dua parti Melayu itu, lapor Sinar Ahad.

Pengarah Pilihan Raya PN berkata kerusi itu tidak sepatutnya jadi sebab untuk Umno meruntuhkan kerjasama politik yang terbentuk dengan Bersatu sejak setahun lalu.

“Apakah kerana (15 kerusi) ini kita mahu runtuhkan sebuah kerajaan yang kita bina bersama?

“Maka saya ingin ambil pendekatan, jika itulah isunya, ayuh mari kita tumpu perbincangan terhadap (15) kerusi ini. Itu pendekatan yang patut diambil,” katanya seperti dipetik akhbar mingguan itu.

Kerusi Parlimen itu beralih jadi milik Bersatu selepas ahli parlimennya keluar Umno selepas PRU14 dan seterusnya menyertai Bersatu.

Antara kerusi itu termasuk yang disandang oleh menteri Mustafa Mohamed (Jeli), Hamzah Zainuddin (Larut), Dr Latiff Ahmad (Mersing), dan Ronald Kiandee (Beluran).

Sembilan kerusi lain ialah Bagan Serai, Bukit Gantang, Tasek Gelugor, Masjid Tanah, Hulu Terengganu, Sabak Bernam, Tanah Merah, Beaufort, Kudat, Libaran, dan Sipitang.

Pemimpin kanan Umno sebelum ini beberapa kali menegaskan parti itu akan mempertahankan semua kerusi asal yang dimenanginya dalam PRU14.

Bahagian Umno yang terlibat juga membuat ketetapan dalam mesyuarat tahunan pada awal Januari lalu untuk mempertahankan kerusi berkenaan dalam pilihan raya akan datang.

Umno negeri yang terlibat, antaranya Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Johor, juga membuat ketetapan sama.

Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 19 Februari lalu memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15, manakala sokongan terhadap kerajaan PN hanya setakat sebelum Parlimen bubar. – 14 Mac, 2021.

REBUT JANGAN

TAK REBUT

KAH KAH KAH

REBUT SAMPAI

REPUT

KAH KAH KAH

OPPS...

REBUT SAMPAI

RUNTUH

KHALAS



Tiada ulasan: