ANWAR IBRAHIM
KATA 1MDB
PENDAKWAN
TERPILIH
AMIN
ANNUAR MUSA
KATA SAMA JUGA
AMIN
Pemimpin Umno mangsa pendakwaan terpilih, kata Annuar
PEMIMPIN Umno yang berhadapan perbicaraan adalah mangsa pendakwaan terpilih, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dalam satu wawancara disiarkan secara langsung di Facebook malam ini.
“Saya rasa tak selesa dengan rakan-rakan yang didakwa di mahkamah. Mereka diseret ke mahkamah kerana itu adalah pendakwaan terpilih.
“Jika tidak, Ahmad Zahid Hamidi (presiden Umno) dan Najib Razak (ahli Parlimen Pekan) tidak perlu melalui perkara ini. Ini adalah pendakwaan terpilih, ia bersifat politik,” katanya.
Beliau menjawab para pengkritik yang berkata pemimpin Umno yang berhadapan perbicaraan setelah kejatuhan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu telah melemahkan Umno.
Annuar juga berkata perlu ada solidariti dalam Umno untuk menyokong pemimpin yang berhadapan perbicaraan.
“Itulah sebabnya saya pergi ke mahkamah untuk sokong Najib dan Zahid bila saya ada masa. Saya harap mereka mendapat keadilan.”
Sebelum ini Zahid mendakwa pemimpin partinya yang menghadapi tuduhan jenayah sebenarnya adalah orang yang berusaha menyelamatkan parti Melayu itu.
“Kluster mahkamah”, istilah digunakan untuk melumpuhkan pemimpin Umno yang menghadapi tuduhan jenayah, menjadi mangsa propaganda kerana tidak mahu Umno dibayangi Bersatu, katanya. – 28 Mac, 2021.
1 ulasan:
Hahahaha....Dua-dua Anwar/Annuar kata Najib dan Zahid PENDAKWAAN TERPILIH. Tentulah terpilih kalau dah songlap beratua juta dan billion. Cakap kena berlapik, takut nanti rakyat buat undi 'Terpilih' ke atas dua-dua Anwar/Annuar. Undi terpilih ke atas pemimpin yg benar-benar bersih, dilihat bersih, berkelakuan bersih, bercakap bersih dan bertindak bersih dpd sebarang salahguna kuasa dan tamak haloba, mencuri duit rakyat, dikatakan duit derma. Bersih dpd wang yang dicuci bersih melalui Akalbudi.
Catat Ulasan