Isnin, 22 Mac 2021

KETUA POLIS NEGARA

 

 SEKARANG MAKIN

JELAS

AMIN

HAMID BADOR

LAWAN RASUAH

AMIN

ADA PEGAWAI

AMBIL RASUAH

 AMIN

YANG AMBIL

DUIT RASUAH

TAK SUKA

HAMID BADOR

KHALAS 


Pegawai polis atasan turut terima rasuah, kata Hamid

RASUAH dalam pasukan polis pernah berleluasa sehingga ketua polis negara (KPN) sebelumnya berada dalam senarai sindiket jenayah, kata KPN Abdul Hamid Bador.

“Pernah suatu ketika dahulu, mereka takut mengambil tindakan terhadap sindiket ini kerana wang diberi kepada KPN. Bukan KPN sekarang, tetapi yang sebelumnya,” kata Hamid tanpa menyebut sebarang nama.

“Seserius itu keadaannya. Pegawai ini berfikiran cetek. Mereka memikirkan jawatan dan wang. Saya ingin memastikan pasukan ini bersih daripada unsur negatif seperti itu.”

Hamid sebelum ini berkata sekumpulan pegawai muda, yang mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah, cuba mencemarkan imej dan menjatuhkannya.

Pegawai kanan yang bercakap dengan syarat tidak mahu disebutkan namanya kepada The Malaysian Insight berkata ancaman menjatuhkan Hamid adalah benar kerana KPN bersikap terbuka dalam memerangi rasuah di kalangan pegawai polis.

“Hamid sangat tegas. Malah beliau secara terbuka  mengkritik pegawai-pegawainya apabila timbul dakwaan rasuah,” kata seorang sumber kanan polis persekutuan.

“Pegawai-pegawai yang korup ini sekarang tidak senang duduk dan satu-satunya cara yang ada ialah dengan menyingkirkan Hamid.”

Hamid, yang dilantik sebagai KPN semasa pemerintahan Pakatan Harapan pada Mei 2019, sering mengingatkan dan memberi amaran kepada anggotanya agar menjauhi rasuah.

Pada Rabu, KPN menimbulkan kekecohan ketika dalam wawancara dengan akhbar Sinar Harian, berkata terdapat pegawai polis muda yang dikaitkan dengan kumpulan penjenayah cuba  mencemarkan imej dan menjatuhkannya.

Awal hari ini, Hamid berkata semua perkara masih dalam keadaan terkawal dan akan segera bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin untuk menjelaskan mengenai perkara itu.

Hamid belum mengemukakan perkara itu kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau membuat laporan polis.– 22 Mac, 2021.

 NEGARA AKAN

HANCUR

 AMIN

JIKA PDRM DIBELI

OLEH 

TOWKAY LENDIR

TOWKAY JUDI

TOWKAY DADAH

AMIN

RAKYAT WAJIB

SOKONG KETUA

POLIS YANG 

MELAWAN RASUAH

KHALAS



Tiada ulasan: