INI BERITA
AMAT PENTING
AMIN
PDRM KENA
RASUK KUMPULAN
JAHAT UNTUK
KEPENTINGAN
MEREKA
AMIN
APA
KEPENTING ITU?
AMIN
BUAT
KERJA KOTOR
AMIN
APA KERJA ITU?
AMIN
Ada ‘kartel’ polis muda cuba jatuhkan saya, kata KPN
KETUA Polis Negara Abdul Hamid Bador mendakwa wujud plot dalam kalangan pegawai muda pasukan polis yang mahu menjatuhkannya, lapor Sinar Harian.
Beliau berkata gerakan itu juga kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.
“Ada usaha untuk mengaibkan, menjatuhkan saya daripada kumpulan ini.
“Jadi saya ingin menasihatkan mereka, hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri bahawa pasukan ini bukan kita punya, bukan padang permainan kita,” katanya dalam program Sinar Live bersama KPN semalam.
Hamid bercakap berkenaan kumpulan terbabit ketika ditanya tentang pendedahan mengejutkan yang pernah dibuat berhubung gerakan geng kartel dalam PDRM sendiri yang mahu menguasai pasukan keselamatan itu bagi memudahkan mereka melakukan “kerja kotor”.
Beliau mengakui serangan itu menjejaskannya dan berharap kumpulan berkenaan akan berhenti berbuat demikian dan segera insaf.
“Ada kumpulan pegawai muda yang berkumpul dan mereka bercakap sesuatu…dan tindak-tanduknya begitu.
“Ke arah untuk mencari jalan bagaimana rakan-rakan yang sebayanya dapat naik bersama, cakap tentang perkara tidak baik
“Jadi saya minta mereka insaf. Sampai umur 60 nanti saya takut tak sempat bertaubat, kita keluar, hilanglah kekebalan baju biru..pakailah baju orang awam.
“Tiada lagi orang nak takut dengan kita sebab baju kita dah tak ada. Masa itu nanti jangan menyesal,” katanya. – 18 Mac, 2021.
1 ulasan:
Woi mustahil pdrm lambat sedar tentang wujud puak kartel dlm pdrm.Kes Gopi tu yg mane bekas IGP anak beranak berkawan dgn kartel taukeh lendir dan judi tu takan xingat..
Catat Ulasan