PELACUR AKAN
PILIH MANA
YANG BAYAR LEBIH
AMIN
JANGAN LUPA
PELACUR ADA
TIGA LUBANG
AMIN
LUBANG AIRCON
PUN ADA
KHALAS
Hadi lari, enggan ulas ucapan Zahid
PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang enggan mengulas pertanyaan daripada pemberita yang mahu mendapatkan reaksi segera beliau mengenai hala tuju politik parti Islam itu serta hubungannya dengan Umno yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PAS adalah sekutu Bersatu yang membentuk Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Abdul Hadi yang didekati oleh pemberita di luar Perhimpunan Agung Umno 2020 hari ini sebaliknya hanya tersenyum dan melambaikan tangan kepada mereka yang cuba bertanyakan soalan kepadanya.
Kekecohan kecil juga tercetus apabila berlaku tolak-menolak antara petugas media dan petugas Jabatan Amal Malaysia yang melindungi Abdul Hadi yang diasak soalan.
Sebaik sahaja meninggalkan Dewan Merdeka, tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno, Abdul Hadi bersama timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man terus bergegas menuju ke kenderaan masing-masing.
Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim hadir sebagai jemputan untuk mendengar ucapan dasar presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuka perhimpunan agung parti itu hari ini.
Abdul Hadi menjadi tumpuan kerana PAS diasak untuk membuat pilihan sama ada memilih bekerjasama dengan Bersatu atau bersama Umno dalam Muafakat Nasional (MN).
Ahmad Zahid dalam ucapannya turut menyeru PAS untuk kembali mengukuhkan MN dan mengingatkan belum terlambat untuk parti Islam itu patah balik biarpun sudah bersama Bersatu dalam PN.
Semalam, sayap-sayap Pemuda dan Puteri Umno dalam persidangannya juga mengasak parti Islam itu dan mendesak PAS mengumumkan pendirian dengan lebih jelas.
Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tajuddin Abdul Rahman juga berkata PAS bakal beroleh keuntungan sekiranya kekal bersama MN kerana akan mendapat bilangan kerusi lebih banyak untuk ditandingi dalam PRU15.
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki pula dalam ucapan penggulungannya menggesa PAS menyatakan pendirian kerana Umno mahu mengenal pasti siapa lawan mahupun rakan sebelum memasuki gelanggang PRU15.
Katanya, Umno enggan bersama mereka yang mengakui rakan, tetapi rakan itu menikam mereka dari belakang.
Manakala Exco Puteri Umno Nurfadzlette Aryani Mat Rosli mencadangkan parti memutus hubungan dengan PAS.
Katanya, lebih setahun selepas Piagam Muafakat Nasional (MN) dimeterai, hubungan dua parti itu mula hambar.
Malah, pemimpin PAS pula katanya mula menyerang Umno, selain bekerjasama dengan pengkhianat yang keluar dari Umno yang menyertai PN.
“Tindakan PAS sertai PN sangat jelas melukakan hati kita. Sedarkah Pas tindakan mereka bersama PN adalah tindakan bersama pengkhianat parti kita,” katanya.
Sepanjang tempoh itu juga katanya, Umno mula melihat PAS tidak ikhlas bersama MN, dan merasakan parti Islam itu bermain “dua kolam.” – 28 Mac, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan