KENAPA REBUT
80 KERUSI
SAHAJA?
AMIN
Umno bertanding 80 kerusi pada PRU15, kata Tok Mat TANDING
UMNO akan bertanding di sekurang-kurangnya 80 kerusi pada pilihan raya akan datang, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Hassan kepada Utusan Online.
Adun Rantau itu berkata partinya yakin dapat memenangi sekurang-kurangnya 70 kerusi.
Beliau memberitahu akhbar itu, Umno bersedia bergerak sendiri pada pilihan raya akan datang jika tidak dapat mencapai persetujuan dengan PAS.
Mohamad, yang dikenali sebagai Tok Mat berkata orang Melayu tidak akan memilih Perikatan Nasional (PN) kerana Bersatu mengkhianati Pakatan Harapan (PH), sambil menambah penyokong berbelah-bahagi antara PN dan PH.
“Umno-Barisan Nasional masih mempunyai asas penyokongnya, penyokong tegar kami,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuarat terakhirnya pada 19 Februari, bersetuju memutuskan hubungan dengan Bersatu selepas penggal berakhir.
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata Umno sememangnya hanya akan menyokong Bersatu sehingga pilihan raya akan datang.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak para pemimpin parti itu untuk terus menyokong PN yang dipimpin Bersatu.
Katanya, adalah hasrat PAS untuk terus bekerjasama dengan Bersatu dan Umno demi negara. – 26 Mac, 2021.
1 ulasan:
Gwa sampai hari ini masih tak faham kenapa orang dewasa nak rebut kerusi. Rumah tak ada kerusi ke? Kalau takda kerusi, pi lah kedai perabot Ikea beli. Yang kaya, beli sofa. Nak jimat, beli bangku panjang boleh duduk ramai. Nak percuma, duduk batang pokok. Takyah rebut-rebut. GROW UP!
Catat Ulasan