Khamis, 25 Mac 2021

ZAHID TOLAK ANWAR

 

ZAHID BOHONG

ATAU

ANWAR TIPU

AMIN

ATAU DUA DUA

KAKI PUTAR

AMIN


Tiada perbincangan kerjasama Umno-PKR, kata Zahid

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim bahawa terdapat perbincangan antara kedua-dua parti itu untuk menjalinkan kerjasama pada pilihan raya umum akan datang, menurut laporan The Star.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata tidak pernah ada sebarang perbincangan dengan PKR berhubung kerjasama pilihan raya sebagaimana yang didakwa presiden PKR minggu lalu, justeru Umno tidak akan bekerjasama dengan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid berkata Umno hanya akan bekerjasama dengan rakan parti komponen di bawah Barisan Nasional.

“Tiada perbincangan langsung, secara rasmi atau tidak rasmi.

“Bukan dengan saya, bukan dengan Mat Hassan (Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan,” Ahmad Zahid dipetik sebagai berkata dalam temu bual dengan portal berita itu menjelang perhimpunan agung Umno hujung minggu ini.

“Tiada perbincangan, bukan dengan PKR, bukan dengan DAP, bukan dengan Pakatan Harapan.”

Presiden Umno juga berkata parti itu tidak memberi kuasa kepada mana-mana wakil untuk mengadakan rundingan seperti itu.

Bulan lalu, Umno mengumumkan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang dan kerjasama sedia ada akan berakhir apabila Parlimen dibubarkan.

Ditanya sama ada Umno sanggup bekerjasama dengan PKR, Ahmad Zahid berkata bahawa pada pasca PRU15, apa sahaja mungkin berlaku.

Barisan Nasional terdiri daripada gabungan empat parti – Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Pada 17 Mac lalu Anwar berkata “perbincangan awal” antara pemimpin PKR dan Umno teah diadakan namun tidak mengadakan sebarang perjanjian atau pendirian rasmi.

“Ada perbincangan awal antara beberapa pimpinan PKR dan Umno. Saya tidak nafikan kemungkinan kerjasama. Ini yang saya jelaskan kepada ahli Parlimen dan pimpinan negeri supaya disampaikan kepada akar umbi.

“Janganlah mengandaikan hal ini seolah-olah sudah ada persefahaman, dan saya tengok banyak komen-komen mengatakan sudah ada perjanjian,” kata ketua pembangkang kepada pemberita selepas satu program.

Kedua-dua parti katanya mempunyai beberapa “kesepakatan”, namun menegaskan PKR sesekali tidak akan menggadaikan prinsip parti.

“Ada persetujuan, misalnya PKR dan Pakatan Harapan dengan jelas menghormati prinsip asas perlembagaan. – 24 Mac, 2021.

ANWAR KATA

ADA JUMPA

AMIN

ZAHID KATA

TAKDA JUMPA

AMIN

NAMPAK JELAS

ANWAR

KAKI PUTAR

KAH KAH KAH



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini semua sama sebijik serupa macam kes "Strong, Formidable & CON-vincing" yang secara tetiba bertukar jantina menjadi "Adequate @ Ada Kuwait". Ituhari kununnya sudah bincang dengan UMNO lepas kantoi ni akan bertukar la jadi "Ada bincang dengan yang MACAM UMNO". Esok lusa bila dah kantoi lagi, spin lagi jadi "Ingat bincang dengan orang UMNO". Last-last account pesbuk kena hack. Kah! Kah! Kah!

panglimo potaseh berkata...

Nak tanya Zahid Totok ni masih kirje dan melantak gaji/elaun dgn GLC2 tu ke ..bila dia nak masok pinjara ..