PUTAR
JANGN TAK
PUTAR
KAH KAH KAH
KELENTONG
JANGAN TAK
KELENTONG
AMIN
Rakaman audio: Zahid, Anwar belum buat laporan polis
IPOH - Pihak polis masih belum menerima laporan daripada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim berhubung rakaman audio perbualan telefon yang tular.
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin berkata, malah sehingga Khamis, tiada sebarang laporan polis diterima daripada pegawai kedua-dua pemimpin parti politik itu seperti mana yang dimaklumkan menerusi media.
Menurutnya, jika laporan tersebut dibuat, pihak polis akan menjalankan siasatan seperti mana yang dijelaskan sebelum ini.
"Kalau Zahid kata dia tak ada buat 'conversation' itu, dia patut yakin dan dia buat laporan polis (tetapi) sampai semalam (Khamis) tak ada, dia tak buat pun laporan polis.
"Begitu juga Anwar, kalau dia yakin bukan dia yang bersuara, dia buat laporan polislah dan saya nak bagi tahu melakukan laporan polis dan laporan itu palsu adalah melakukan satu kesalahan.
"Jadi kalau dia rasa dia tak melakukan kesalahan, apa nak takut, buatlah laporan polis. Dia kata pegawai nak buat laporan polis, pegawai dia pun tak buat lagi, yang buat orang lain tapi pegawai dia tak ada," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Program Malaysia Prihatin di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun di sini pada Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan