Khamis, 15 April 2021

MUHYIDIN CAKAP BETUL




MUHYIDIN CAKAP

BETUL

AMIN

TAPI RAKYAT

TAK CAYA

AMIN 

JADI MACAM MANA?

 AMIN




Tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan darurat, kata Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

Perdana menteri berkata pengisytiharan tersebut dilakukan dengan tujuan utama membendung penularan pandemik Covid-19 serta mempercepatkan langkah perundangan berkaitan pengurusan wabak itu.

‘Ini merangkumi penggunaan aset hospital swasta, mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan menggunakan sumber hospital swasta bagi merawat pesakit Covid-19,

“Jadi, sila yakin bahawa tidak ada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat ini,” katanya ketika  berucap pada sesi dialog bersama industri anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana menteri juga mengulangi bahawa Darurat tidak akan digunakan untuk melanggar hak asasi manusia, harta persendirian dan hak undang-undang lain.

Katanya Malaysia berpegang teguh pada prinsip kedaulatan undang-undang, justeru, ia tidak akan bertindak dengan cara yang boleh menghina prinsip undang-undang yang dipegangnya.

“Sehubungan itu, adalah penting bahawa komuniti perniagaan, baik domestik dan antarabangsa memahami ini,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata usaha memerangi pandemik Covid-19 adalah tanggungjawab bersama kerajaan, sektor swasta, masyarakat dan individu dan semua pihak ini perlu berganding bahu dalam membanteras krisis ini.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Darurat sehingga 1 Ogos depan atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gelaja wabak Covid-19. – Bernama, 15 April, 2021.

PANGGIL SIDANG

PARLIMEN 

SEKARANG

AMIN

AMBIL UNDI

AMIN

ADA SOKONGAN

ATAU

TAK ADA SOKOGAN

KHALAS

LEPAS ITU

DAFURARAT KE

MENGURAT KE

BARARAT KE

BOLEH  TERUSKAN

AMIN

RAKYAT TAK MARAH

AMIN

RAKYAT TAK LIHAT

KENA TIPU 

AMIN

KALAU BOLEH

CUTI LAWAT

 BALLARAT

DI AUSTRALIA

KAH KAH KAH




2 ulasan:

Cekpit Kelima berkata...

Masa Belanjawan haritu dah ada berapa peluang nak tunjuk Abahkau takda sokongan? Semuanya gagal!! Habistu sekarang kecoh nk buat und tak percaya pulak? Takpayahla nak tambah kekacauan..tugas MP bukan hanya pegi Parlimen, masa Parlimen bukak bukan semua pegi pon. Jenis muka penipu, biarjela Abahkau jaga kerajaan dulu di bawah naungan kobid. Dia bukan boleh bertahan lama pon, abis darurat ni abis lah.

Tanpa Nama berkata...

Orang jahat tidak akan kata dia jahat....

Orang sondol belakang tak akan mengaku main belakang....

Orang menipu sentiasa berputar....tidak tipu...

Orang hilang jam OMEGA telah berkata masih ada tapi tak perlu tunjuk...

Orang dirakam suara tidak mengaku itu dia tapi apa perlu rakyat mesti tahu....

Orang bodoh tidak nampak bodoh tapi terus akan diperbodohkan...

Hanya orang berakal dan ikhlas sentiasa berhati hati supaya tidak discam....

Lesson Jangan Kena Tipu 101.